Wanita tidak pakai tudung boleh didenda sebanyak RM311,178

Wanita tidak pakai tudung boleh didenda sebanyak RM311,178

Wanita tidak pakai tudung boleh didenda sebanyak RM311,178. Wanita yang tinggal di Iran boleh didenda sehingga 2.9 bilion riyal Iran (RM311,178) jika melanggar undang-undang hijab baharu oleh pemerintah yang menuntut mereka memakai tudung kepala setiap kali berada di luar rumah, lapor MailOnline semalam.

Ahli Parlimen Iran, Hojjat ol-Eslam Hossein Jalali berkata Ahad lalu bahawa denda itu boleh dikenakan terhadap wanita yang tidak bertudung semasa menaiki kenderaan, makan di restoran, di sekolah dan universiti serta di jalanan termasuk ruang awam lain.

Undang-undang itu adalah cara alternatif untuk menguatkuasakan peraturan pemakaian hijab berikutan kegagalan kaedah keras oleh ‘polis moral’.

Wanita tidak pakai tudung boleh didenda sebanyak RM311,178

Ia berlaku selepas kematian seorang gadis, Mahsa Amini pada September tahun lalu selepas dia ditahan kerana tidak memakai hijab dengan sempurna sehingga mencetuskan protes besar-besaran di seluruh Iran.

Sebarang penyertaan dalam penentangan awam terhadap pemakaian hijab akan membawa akibat yang teruk seperti pendakwaan dan pemenjaraan.

Menurut Jalali, peraturan itu dimuktamadkan selepas sebanyak 300 mesyuarat dengan Majlis Tertinggi Revolusi Kebudayaan dan Majlis Keselamatan Negar diadakan.

Baca Lagi:
9 bulan menghilangkan diri, buaya tembaga di sungai Melaka muncul kembali buat penduduk gelisah
Sebab kesilapan ini, Najib meringkuk dalam penjara 12 tahun
“Berderau darah mat”, lelaki terkejut ketika solat ada ‘senjata’ sebelah kaki
CATEGORIES