Jakpot! Wanita temui sebutir mutiara dalam tiram semasa makan malam dengan kekasih

Jakpot! Wanita temui sebutir mutiara dalam tiram semasa makan malam dengan kekasih

Jakpot! Wanita temui sebutir mutiara dalam tiram semasa makan malam dengan kekasih. Seorang wanita di negeri Texas, Amerika Syarikat (AS) ternyata memiliki tuah apabila menemui sebutir mutiara di dalam tiram semasa menikmati makan malam romantik, lapor akhbar New York Post semalam.

“Kami sedang makan tiram dan menemui sebutir mutiara,” kata Kenia Mac kepada laman berita Jam Press mengenai penemuan itu.

Mac bersama kekasihnya, Juan Manuel ketika kejadian sedang menikmati makan malam di sebuah restoran makanan laut di Dallas.

Jakpot! Wanita temui sebutir mutiara dalam tiram semasa makan malam dengan kekasih

Dia pada awalnya menemui sebuah objek berkilat dalam hidangan tiram yang dipesan. Setelah memeriksa, ia ternyata adalah sebutir mutiara.

“Ia kecil tetapi ia adalah mutiara,” katanya.

Mac masih belum menghantar mutiara itu untuk dinilai keasliannya, namun ia berpotensi mencecah sehingga beribu-ribu ringgit, demikian menurut laman Pearl Source.

Baca Lagi:
“Berderau darah mat”, lelaki terkejut ketika solat ada ‘senjata’ sebelah kaki
Sebab kesilapan ini, Najib meringkuk dalam penjara 12 tahun
Saintis terkejut jumpa ular sawa makan buaya besar, akhirnya ini terjadi..
CATEGORIES