Sebab kesilapan ini, Najib meringkuk dalam penjara 12 tahun

Sebab kesilapan ini, Najib meringkuk dalam penjara 12 tahun

Sebab kesilapan ini, Najib meringkuk dalam penjara 12 tahun. Kesilapan dilakukan peguam menjadi punca Datuk Seri Najib Razak terpaksa meringkuk dalam penjara, kata Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Abdul Rahman Sebli.

Abdul Rahman adalah hakim tunggal yang menentang keputusan majoriti panel hakim yang menolak permohonan Najib bagi kebenaran menyemak keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak rayuan akhir kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd dihadapinya.

Keputusan itu dibuat empat panel hakim iaitu Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Vernon Ong Lam Kiat; Datuk Rhodzariah Bujang; Hakim Datuk Nordin Hassan dan Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Abu Bakar Jais.

Sebab kesilapan ini, Najib meringkuk dalam penjara 12 tahun

Ketika membacakan penghakimannya, beliau berkata, peguam Najib pada ketika itu, Datuk Hisyam Teh Poh Teik tidak mengambil tindakan sewajarnya bagi membela tertuduh.

Katanya, ini menyebabkan hanya satu pihak iaitu Timbalan Pendakwa Raya (TPR) yang mengemukakan permohonan di hadapan panel terdahulu.

“Rayuan Najib tidak didengari dan berada dalam ketidakadilan yang besar. Beliau berada dalam keadaan kurang bernasib baik kerana tidak diwakili semasa rayuan.

“Oleh itu, sabitan terhadap tertuduh perlu dibatalkan kerana tiada representasi undang-undang,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, tertuduh wajar dibenarkan penangguhan kerana tidak mempunyai representasi undang-undang semasa rayuan.

“Saya menyebelahi permohonan Najib untuk menyemak tujuh pertuduhan kes menyeleweng dana SRC International terhadapnya namun keputusan majoriti menyebabkan perkara itu tidak memihak kepada bekas Perdana Menteri itu,” katanya.

Terdahulu, hakim dalam keputusan 4-1 menolak rayuan Najib untuk mendapatkan kebenaran bagi menyemak keputusan Mahkamah Persekutuan pada 23 Ogos tahun lalu, sekali gus melepas dan membebaskannya daripada tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana SRC.

Berikutan keputusan itu, Najib kekal di Penjara Kajang dan pilihan terakhirnya ialah mendapatkan pengampunan diraja daripada Yang di-Pertuan Agong.

Baca Lagi:
Saintis terkejut jumpa ular sawa makan buaya besar, akhirnya ini terjadi..
Mak ayah aku tak suka aku kerja dari rumah walau gaji RM6k sebulan, malu jiran nampak macam tak kerja dituduh macam bela biawak hidup… Sekali ini yang aku buat sampai jiran terdiam
Jangan buang tuala buruk, lelaki ini berjaya buktikan tuala buruk boleh hasilkan duit
CATEGORIES