“Berderau darah mat”, lelaki terkejut ketika solat ada ‘senjata’ sebelah kaki

“Berderau darah mat”, lelaki terkejut ketika solat ada ‘senjata’ sebelah kaki

“Berderau darah mat”, lelaki terkejut ketika solat ada ‘senjata’ sebelah kaki. Sebaik mendengar muazin melaungkan iqamat, saya bingkas bangun untuk menunaikan solat Zuhur di sebuah masjid di Ma’rib, Yaman.

Ketika menunggu imam memulakan solat, seorang lelaki datang dan berdiri di sebelah kanan saya dan meletakkan sesuatu ke bawah.

Mulanya saya tidak mengambil kisah dan memulakan solat mengikut imam, namun ketika rukuk dan melihat ke bawah, saya terkejut memandang selaras raifal jenis Kalashnikov berada di lantai, betul-betul di sebelah kaki saya.

Itu pertama kali saya melihat raifal yang sinonim dengan imej ‘senjata pengganas’, seperti kerap diketengahkan dalam media dan filem barat.

"Berderau darah mat", lelaki terkejut ketika solat ada 'senjata' sebelah kaki

Ketika itu, imej ‘senjata pengganas’ berkenaan agak menggusarkan, menyebabkan saya mula bimbang berdiri di sebelah individu yang memikul senjata berkenaan di sebuah negara bergolak.

Terlintas di pemikiran bahawa berkemungkinan besar senjata itu pernah digunakan untuk meragut nyawa musuh.

Situasi sedemikian hampir normal di Ma’rib dan sepanjang berada di wilayah itu, kelibat individu bukan tentera membawa raifal jenis Kalashnikov termasuk pelarian dan remaja, boleh dilihat sepanjang masa sama ada di masjid, kedai makan atau di jalan raya.

Selain raifal berkenaan, ada juga yang membawa pistol dan peluru, selain ramai yang membawa jambia iaitu pisau pendek melengkung di hujungnya yang disemat di depan pusat dan disangkut pada tali pinggang atau hizam.

Awalnya, situasi berkenaan menyebabkan saya berasa bimbang kerana menggambarkan seolah-olah Ma’rib berada dalam zon perang dan malapetaka boleh berlaku pada bila-bila masa sepanjang saya dan sukarelawan Aman Palestin berada di sana bagi menjalankan misi kemanusiaan sempena Ramadan.

Namun selepas beberapa hari di Ma’rib, kebimbangan itu pudar apabila melihat situasi tenang sepanjang masa, selain keramahan penduduk di Ma’rib terutama kanak-kanak yang teruja melihat kehadiran orang luar seperti kami.

Suasana tenang itu menyebabkan saya tertanya-tanya, mengapa perlunya rakyat bukan anggota tentera membawa raifal, senjata api dan yang digunakan dalam perang ke mana sahaja mereka bergerak?

Penerangan doktor yang arif dengan suasana di Malaysia, Dr Muhammad Handarus, 37, mudah difahami.

“Ini tradisi kami. Sejak turun-temurun, nenek moyang kami memang sentiasa membawa senjata, sama ada pisau atau senjata api,” kata

Mahasiswa lepasan sebuah universiti di Malaysia itu tampil berjubah putih dan mengenakan sepucuk pistol di pinggang kanan serta sebilah jambia tersemat pada hizam ketika kami bertemu di sebuah masjid di Ma’rib.

Beliau yang kini berkhidmat di sebuah hospital kerajaan, mengakui aspek pertahanan diri adalah antara faktor utama kebanyakan penduduk dan pelarian di Ma’rib membawa senjata api hampir setiap masa.

“Selain perlu bersedia sepanjang masa menentang pemberontak Houthi, kami kerap bergerak ke wilayah lain dan bertemu banyak kabilah lain, jadi senjata penting sebagai pertahanan jika ada apa-apa berlaku.

“Jambia adalah lambang kemuliaan dan kemegahan adat dan tradisi kami,” katanya sambil menambah pernah menggunakan pistol untuk menumpaskan pemberontak Houthi yang menceroboh Ma’rib, tahun lalu.

Peperangan terkini di Yaman bermula sejak 2014 membabitkan konflik antara pemberontak syiah Houthi dan tentera kerajaan, menyebabkan lebih tiga juta pelarian kini mendapatkan perlindungan di hampir 200 kem di Ma’rib.

Ketika ini, hampir kebanyakan wilayah di utara Yaman berada di bawah kawalan pemberontak Houthi, termasuk ibu negara Yaman, Sana’a.

Houthi pernah melancarkan perang merampas Ma’rib daripada kerajaan, namun usaha itu gagal dan keseluruhan Ma’rib kini dikawal kerajaan Yaman.

Tinjauan saya mendapati budaya dan tradisi membawa senjata api dan jambia hanya diamalkan di Ma’rib dan wilayah lain yang dilanda perang, dan ia tidak ada di wilayah yang aman seperti Hadramaut, yang menempatkan pusat pengajian terkemuka Darul Mustofa.

Meskipun ramai penduduk dan pelarian di Ma’rib membawa senjata api, Dr Muhammad memaklumkan harganya bukan murah dan hanya mereka yang benar-benar berkemampuan mampu memilikinya.

“Harga jambia yang berkualiti boleh mencecah AS$4,000 (RM18,000), manakala pistol dan Kalashnikov dijual antara AS$1,000 hingga AS$3,000 (RM4,500-RM13,000),” kata bapa kepada empat anak itu.

Ditanya tidakkah tindakan rakyat kebanyakan di Yaman termasuk remaja membawa senjata seolah-olah mengiyakan imej pengganas yang diuar-uarkan negara dan media Barat, Dr Muhammad menafikan perkara itu.

“Media Barat dan Israel memang mahu menampakkan orang Arab sebagai pengganas, sedangkan keadaan di semua wilayah adalah aman pada kebanyakan masa.

“Kami bukan pengganas. Ini tradisi dan kebanggaan kami, selain sebagai pertahanan diri memandangkan kami sememangnya sedang berperang,” katanya, memaklumkan pernah memakai jambia ketika di Malaysia pada sambutan Aidilfitri dan hari kebesaran lain.

Baca Lagi:
“Abah selalu pesan, nak tengok orang tu pembersih ke tak, tengok tandas dia”, sekali aku cek rumah mak mertua tak sangka ini yang aku jumpa
Mak ayah aku tak suka aku kerja dari rumah walau gaji RM6k sebulan, malu jiran nampak macam tak kerja dituduh macam bela biawak hidup… Sekali ini yang aku buat sampai jiran terdiam
Pelakon Ali Setan arwah Azmil Mustapha nekad berhenti dari dunia glamour, selepas pemergian arwah kisah tentang hidup penghijrahannya telah mula mendapat perhatian ramai
CATEGORIES