4 tahun hidup sendirian atas kapal kargo tanpa elektrik, lelaki ini dipaksa jadi ‘penjaga sah’ sehingga kapal dijual

4 tahun hidup sendirian atas kapal kargo tanpa elektrik, lelaki ini dipaksa jadi ‘penjaga sah’ sehingga kapal dijual

4 tahun hidup sendirian atas kapal kargo tanpa elektrik, lelaki ini dipaksa jadi ‘penjaga sah’ sehingga kapal dijual. Selepas menghabiskan hampir empat tahun di kapal dan terdampar di Pesisir Mesir, pelayar Syria akhirnya dibebaskan dan diterbangkan pulang ke Syria. Episod hitam dalam kehidupan Mohammed Aisha bermula sejak dia menaiki kapal MV Aman pada Mei 2017 sebelum dinaikkan pangkat kepada ketua pegawai kapal tersebut.

Dua bulan selepas berlayar, perjalanan mereka terganggu apabila pihak pelabuhan Mesir menahan kapal kargo berat 4,000 tan itu kerana peralatan keselamatan yang tamat tempoh. Masalah itu sebenarnya boleh diselesaikan dengan mudah, tetapi kontraktor kapal tidak membayar bahan bakar dan pemilik MV Aman di Bahrain menghadapi masalah kewangan.

Setelah Kapten kapal warga Mesir meninggalkan kapal tersebut, pihak berkuasa tempatan menyatakan bahawa Mohammed adalah ketua pegawai kapal dan penjaga sah MV Aman. Mohammed, yang dilahirkan di bandar Tartus, pelabuhan Syria, mengatakan bahawa dia tidak diberitahu apa maksud pesanan itu dan hanya mengetahuinya beberapa bulan kemudian, ketika kru yang lain mula berangkat.

4 tahun hidup sendirian atas kapal kargo tanpa elektrik, lelaki ini dipaksa jadi 'penjaga sah' sehingga kapal dijual

Mohammed kemudian dijadikan taruhan sebagai ‘penjaga sah’ yang menjadikan dia terikat untuk tidak meninggalkan kapal tersebut sehingga dijual atau dipindah milik kepada orang lain. Undang-undang Mesir mewajibkannya untuk terus berada di atas kapal dan dia tidak dibayar.

Tanpa minyak, kapal itu tidak hanya tidak dapat bergerak, tetapi juga tidak dapat membekalkan kuasa elektrik. Keadaan Mohammed menjadi semakin genting termasuk tinggal dalam persekitaran yang tidak terurus dengan dikelilingi tikus dan serangga di atas kapal itu.

“Kamu tidak nampak atau mendengar apa-apa. Rasanya seperti duduk dalam keranda. Lebih menyedihkan, saya tidak dapat pulang melihat ibu yang meninggal dunia pada Ogos 2018. Ia membuatkan saya tertekan termasuk terfikir untuk mengakhiri hidup saya,” katanya kepada BBC News.

Menurutnya, nasibnya mula berubah pada Mac tahun 2020 apabila kejadian ribut menghanyutkan kapal itu dari pelabuhannya, berhampiran pesisir pantai yang membolehkannya berenang ke pantai untuk mencari makanan dan mengecas telefonnya.

4 tahun hidup sendirian atas kapal kargo tanpa elektrik, lelaki ini dipaksa jadi 'penjaga sah' sehingga kapal dijual

4 tahun hidup sendirian atas kapal kargo tanpa elektrik, lelaki ini dipaksa jadi 'penjaga sah' sehingga kapal dijual

Berita mengenainya tersebar dan menjadi tajuk utama sehingga dia dibebaskan oleh Persekutuan Pekerja Pengangkutan Antarabangsa (ITF) pada Khamis lalu selepas wakil dari organisasi itu mengambil tindakan penjagaan kapal kargo tersebut secara sah.

“Apa yang saya rasa? Rasanya seperti bebas dari penjara. Akhirnya saya dapat bersatu dengan keluarga,” kata Mohammed Aisha.

Wakil ITF Mohamed Arrachedi menyifatkan situasi yang dialami oleh Mohammed sebagai satu kes yang sangat mengecewakan yang pernah dikendalikannya.

“Penderitaan yang dialami oleh Mohammed dapat dielakkan jika pemilik kapal dan pihak lain yang bertanggungjawab melakukan perkara yang betul sejak awal lagi,” katanya.

Sementara itu, Mohammed Aisha mengatakan dia merasa terperangkap dalam situasi yang bukan salahnya, dipengaruhi oleh undang-undang Mesir, dan diabaikan oleh pemilik kapal. Dia mengatakan berbulan-bulan dia ditinggalkan tanpa komunikasi membuatnya sangat kecewa.

Katanya, kes itu membuatnya berfikir dua kali untuk kembali ke laut. Namun, dia tetap nekad mengatakan bahawa dia hanya pandai dalam pekerjaannya dan tidak mahu melakukan apa-apa selain meneruskan pekerjaan yang ditinggalkannya.

Baca Lagi:
Pekerja pusat servis kenderaan maut tayar meletup
“Kalau dengan anak, elakkan buat bunyi ‘shushh, shushh’ ketika dodoi anak” – Wanita kongsi kisah seram ketika dodoi anak tidur
“Kalau terlepas kedai makan pertama, jangan berhenti kedai kedua pula” – Kedai batu nisan dihias macam restoran raih perhatian ramai
CATEGORIES