Rusuhan baju Melayu RM1, ada yang cedera dan pengsan

Rusuhan baju Melayu RM1, ada yang cedera dan pengsan

Rusuhan baju Melayu RM1, ada yang cedera dan pengsan. Kecoh dan tular di media sosial mengenai sebuah video yang menunjukkan orang ramai berpusu-pusu di hadapan sebuah butik, ‘bersedia’ menunggu pintunya dibuka demi mendapatkan baju raya berharga RM1.

Malah, ada juga yang berkongsi video berlakunya huru-hara ketika tawaran tersebut mula berlangsung.

Pemilik TikTok Aurazra antaranya, menunjukkan video lokasi kejadian dipercayai berlaku di Shah Alam, iaitu antara daerah yang terkenal dengan lokasi terbaik untuk mendapatkan kelengkapan hari raya.

Rusuhan baju Melayu RM1, ada yang cedera dan pengsan

“Agak kecewa, siapa yang ada masa ni komen sikit apa perasaan anda,” tulisnya pada hantaran tersebut.

Rata-rata orang ramai menzahirkan pelbagai reaksi berikut insiden serupa juga pernah berlaku beberapa kali sebelum ini, malah ada berpendapat promosi sedemikian tidak wujud dan berpendapat ia hanya taktik pemasaran semata-mata.

“Ini tanda rakyat Malaysia amat memerlukan KWSP. Baju raya RM1 mahu tak bergaduh demi anak-anak?,” komen Shah.
“Mana ada benda RM1, pemasaran semua ni,” ulas seorang lagi pengguna.
“Sebab baju kurung RM1, teruk-teruk,” kata Ozana pula.
“Berpusu-pusu manusia demi RM1,” tulisnya pada hantaran tersebut.

Namun wakil pihak berkenaan telah tampil menjelaskan hal sebenar dan tidak menafikan tawaran sedemikian memang wujud, namun terpaksa dihentikan ekoran berlakunya rusuhan.

“Saya nak terangkan memang ada baju raya RM1 dan kita dah buat penomboran, setiap nombor bundar je kita bagi satu baju Malayu RM1 sampai 2,000 pun kita bagi untuk nombor bundar yang tu memang kita pun dah tulis nama untuk pembeli tambah dengan cabutan bertuah bukti pun ada bnda ni tak berjalan lancar dan kucar-kacir disebabkan rusuhan berlaku.

“Orang yang beratur sejak 2 pagi semalam, bersahur dekat sini punyalah panjang,” jelasnya.

Dalam masa sama dia turut menjawab persoalan orang ramai mengapa dia tidak berada di lokasi tersebut.

“Ada yang sampai pukul 10 lebih berkumpul di situ, tolak pintu ada yang curi barang dalam kedai tengok video dalam kedai ada yang baling barang anda rasa macam mana saya nak turun?

“Pihak pengurusan juga ada kesilapan dan tak jangka orang datang terlalu ramai, tak buat betul-betul barisan untuk orang ramai,” tambahnya.

Selain itu, dia turut merayu supaya orang ramai tidak mengulangi perbuatan tersebut berikutan ada yang cedera, pengsan dan bertumbuk.

Baca Lagi:
Wanita tidak pakai tudung boleh didenda sebanyak RM311,178
Jakpot! Wanita temui sebutir mutiara dalam tiram semasa makan malam dengan kekasih
Kecoh tarawih paling pantas 20 rakaat dan 3 witir hanya 7 minit sahaja
CATEGORIES