9 bulan menghilangkan diri, buaya tembaga di sungai Melaka muncul kembali buat penduduk gelisah

9 bulan menghilangkan diri, buaya tembaga di sungai Melaka muncul kembali buat penduduk gelisah

9 bulan menghilangkan diri, buaya tembaga di sungai Melaka muncul kembali buat penduduk gelisah. Hampir sembilan bulan ‘ghaib’, buaya tembaga sepanjang dua meter muncul kembali di persisiran Sungai Melaka di sini, sejak minggu lalu.

Kelibat dipercayai buaya sama pertama kali dirakam di kawasan pokok bakau pada Julai 2022 oleh penjaga tokong berhampiran pusat beli-belah di sini, namun ketika itu dikatakan saiznya masih kecil.

Terbaru tular video dan gambar buaya itu berjemur di dahan pokok bakau hingga menimbulkan kebimbangan orang ramai mengenai ancaman reptilia ganas itu.

9 bulan menghilangkan diri, buaya tembaga di sungai Melaka muncul kembali buat penduduk gelisah

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Laksamana, Low Chee Leong berkata, beliau meninjau lokasi itu minggu lalu, selepas dimaklumkan mengenai kemunculan buaya ketika cuaca panas antara jam 2 hingga 4 petang.

“Saya nampak buaya itu di persisiran The Shore. Jadi saya berharap pihak berkaitan dapat memasang papan tanda mengingatkan orang ramai yang bersiar-siar di pesisir Sungai Melaka supaya berhati-hati.

“Pihak Perhilitan (Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara) juga diharap bertindak segera untuk menangkap buaya itu,” katanya dihubungi di sini.

Menurutnya, beliau difahamkan sejak pertengahan tahun lalu penduduk melihat buaya itu yang dipercayai bersarang di bawah jambatan kayu di pesisir sungai.

“Disebabkan kerja pembinaan jambatan kayu berdekatan kawasan Bunga Raya Pantai di sini, sarang buaya mungkin diganggu dan ia menghilang untuk sementara waktu.

“Namun, apabila pembangunan jambatan kayu dihentikan baru-baru ini, buaya itu muncul semula,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Perhilitan negeri, Mohd Firrdhaus Mahmood ketika dihubungi berkata, siasatan sedang dijalankan pegawainya susulan aduan terbaru itu.

Menurutnya, usaha menjejaki buaya terbabit termasuk memasang perangkap dilakukan sejak tahun lalu, namun tidak berhasil.

“Pihak kami juga bekerjasama dengan Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka untuk melaporkan segera jika terserempak buaya di Sungai Melaka,” katanya.

@bharianmyBuaya tembaga muncul lagi di Sungai Melaka (1)

♬ original sound – Berita Harian

Baca Lagi:
Sebab kesilapan ini, Najib meringkuk dalam penjara 12 tahun
“Abah selalu pesan, nak tengok orang tu pembersih ke tak, tengok tandas dia”, sekali aku cek rumah mak mertua tak sangka ini yang aku jumpa
Kecoh tarawih paling pantas 20 rakaat dan 3 witir hanya 7 minit sahaja
CATEGORIES