Batu purba menyerupai 3 ekor ‘ikan paus gergasi’ sedang berenang di tengah hutan di Thailand

Batu purba menyerupai 3 ekor ‘ikan paus gergasi’ sedang berenang di tengah hutan di Thailand

Batu purba menyerupai 3 ekor ‘ikan paus gergasi’ sedang berenang di tengah hutan di Thailand. Setiap tempat memiliki cerita dan latar belakangnya sendiri. Tidak ada salahnya untuk menambah sedikit ilmu tentang budaya dan kehidupan masyarakat dari negara lain. Orang berkata, jauh perjalanan luas pandangan. Tetapi, pernahkah anda terfikir untuk singgah ke tempat-tempat misteri dan unik di dunia?

Jika anda berkesempatan untuk melancong ke Thailand, mungkin anda akan menemukan tempat yang anda cari. Terdapat satu pemandangan unik seolah-olah tiga ekor ikan paus sedang berenang di tengah hutan yang terletak di atas Gunung Hin Sam Wan, kawasan Phu Sing, Buengkan, Thailand.

Ia bukanlah ikan paus sebenar, tetapi merupakan formasi batuan purba yang berusia 75 juta tahun. Memiliki tebing batu yang tinggi puluhan meter dan curam, jika kita berdiri di atas batu itu, kita dapat melihat sebahagian pantai Mekong, gunung Pakkading di Laos, dan Hutan Phu Wua.

Batu purba menyerupai 3 ekor 'ikan paus gergasi' sedang berenang di tengah hutan di Thailand

Kerana keunikan tempat ini, tiga formasi batuan purba yang menyerupai ikan paus ini digelar ‘Three Whale Rock’. Hingga kini, batu-batu gergasi ini dilindungi oleh kerajaan Thailand dan menjadi khazanah negara mereka.
Berbeza dengan batuan purba lain yang biasanya ditemui di kawasan terpencil dan tersembunyi, batuan purba ini dapat didaki dan para pelancong juga dapat berdiri tepat di atasnya. Untuk mengunjunginya, para pelancong akan melalui jalan setapak yang luas sambil terus mendaki ke batuan raksasa tersebut.

Para pelancong juga boleh memilih dari sembilan laluan berbeza untuk mendaki. Sepanjang perjalanan, anda dapat melihat air terjun, pelbagai jenis tumbuhan, serta dengar nyanyian burung-burung. Bau alam yang harum, udara yang segar, serta irama alam yang mengasyikkan melengkapkan keindahan tempat ini.

Bagi mereka yang gemar dengan aktiviti luar seperti meredah hutan, mengarungi sungai, mendaki gunung, dan berkelah, mendaki batuan purba ini pastinya akan menjadi satu pengalaman yang menakjubkan. Anda dapat merasakan ia seperti pengembaraan terbaik sepanjang hidup anda.

Batu purba menyerupai 3 ekor 'ikan paus gergasi' sedang berenang di tengah hutan di Thailand

Batu purba menyerupai 3 ekor 'ikan paus gergasi' sedang berenang di tengah hutan di Thailand

Baca Lagi:
“Kalau terlepas kedai makan pertama, jangan berhenti kedai kedua pula” – Kedai batu nisan dihias macam restoran raih perhatian ramai
“Kalau dengan anak, elakkan buat bunyi ‘shushh, shushh’ ketika dodoi anak” – Wanita kongsi kisah seram ketika dodoi anak tidur
Kenapa ramai wanita tertarik dengan suami orang?, Ini 5 sebab yang wajib korang tahu
CATEGORIES