‘Suami macam budak kecil kena arahkan solat, kerap tidur siang hingga gemuk, isteri dah mula rasa hilang selera tengok keadaan suami’

‘Suami macam budak kecil kena arahkan solat, kerap tidur siang hingga gemuk, isteri dah mula rasa hilang selera tengok keadaan suami’

‘Suami macam budak kecil kena arahkan solat, kerap tidur siang hingga gemuk, isteri dah mula rasa hilang selera tengok keadaan suami’. Kehidupan berumah tangga sememangnya tidak pernah sunyi dengan pelbagai ujian.

Menurut cerita seorang wanita, dia kurang senang dengan rutin suaminya seorang pereka grafik yang bekerja pada lewat malam.

Jelas wanita berkenaan, hal itu menjadikan suaminya akan menghabiskan waktu siang dengan tidur hingga mengabaikan solat.

'Suami macam budak kecil kena arahkan solat, kerap tidur siang hingga gemuk, isteri dah mula rasa hilang selera tengok keadaan suami'

“Sudah lima tahun kahwin, dia asyik bekerja waktu malam sahaja. Apabila disuruh bekerja pada waktu biasa, dia mengatakan tidak boleh… masih rasa mengantuk.”

“Pukul 12 malam macam itu baru mula bekerja. Pagi-pagi hanya tidur sahaja,” ujarnya menerusi hantaran di grup Kisah Rumah Tangga di Facebook.

Luah wanita tanpa mendedahkan identitinya itu lagi, masalah bermula apabila badan suaminya semakin berisi akibat gaya hidup yang semakin tidak sihat walaupun baru berusia 37 tahun.

Katanya, perubahan pada fizikal suaminya menyebabkan badannya cepat berpeluh dan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.

Malah, dia dan anak kecilnya yang berusia empat tahun mengalami kesukaran untuk tidur nyenyak akibat dengkuran suaminya yang kuat.

“Suami saya dulu kurus sahaja, tetapi sekarang semakin besar. Saya rasa kehilangan selera (melihat suami). Saya sudah meminta dia untuk kurus dan memberi galakan supaya pergi jogging pada petang hari.
“Tetapi dia tidak konsisten. Apabila sudah besar begini, bau badannya sangat kuat. Dia tidur tanpa memakai baju, menyebabkan peluh melekat di cadar. Tidak sampai seminggu, cadar tersebut menjadi hitam.
“Anak saya juga tidak mahu tidur bersama dia kerana dengkurannya sangat kuat. Dia tidur di tilam berasingan kerana bau badan dan dengkurnya mengganggu kualiti tidur saya dan anak,” jelasnya dengan panjang lebar.

Lebih menghairankan, wanita ini mula merisaukan tentang sesi persekolahan anak mereka bagi tahun 2025 kerana pola tidur suaminya yang tidak teratur.

“Masalahnya di sini, tahun depan anak saya akan masuk sekolah (umur lima tahun). Saya kini sedang memikirkan bagaimana suami saya akan menghantar anak ke sekolah. Lihatlah, sekarang bangun tidur pun waktu Zohor.

“Saya tidak dapat menghantar kerana hanya ada satu kereta dan dia tidak membenarkan saya memandu walaupun saya memiliki lesen memandu.

“Satu lagi perkara, bagaimana nak menyuruhnya solat tanpa perlu disuruh? Penat seperti menasihati kanak-kanak kecil supaya solat apabila masuk waktu. Padahal, sudah dewasa. Tiga tahun lagi dia akan masuk usia 40-an,” katanya.

'Suami macam budak kecil kena arahkan solat, kerap tidur siang hingga gemuk, isteri dah mula rasa hilang selera tengok keadaan suami'

Hantaran tersebut telah menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen yang memberikan pendapat mereka berhubung dengan masalah yang diluahkan.

Rata-ratanya memahami situasi yang dialami oleh wanita ini apabila pasangannya sudah mencapai usia lanjut.

“Apa yang disampaikan oleh kakak ini adalah perkara biasa bagi lelaki dan perempuan di Malaysia. Setelah mencapai usia 30, semua perkara mula berubah. Sikap berubah, bercakap dengan nada tinggi, banyak kritikan, dan menjadi pemalas serta mudah marah.

“Orang lelaki kadang-kadang hanya menganggap dirinya mempunyai selera sahaja. Tetapi, isteri pula mungkin tidak mempunyai selera. Wanita memang mempunyai selera tersendiri. Jika rupa sudah begini, tentu selera pun terjejas,” komen seorang netizen.

Baca Lagi:
“Harap ada yang sudi memberi..”- Datuk Red buat akaun TikTok semata-mata mahu cari kerja sebab nak sara anak & bayar hutang?
Tak sangka negeri ramai ‘walaun’ paling ramai daftar PADU
Senarai 6 negeri di Malaysia yang tidak akan cuti umum pada hari Nuzul Al-Quran
CATEGORIES