Senarai 6 negeri di Malaysia yang tidak akan cuti umum pada hari Nuzul Al-Quran

Senarai 6 negeri di Malaysia yang tidak akan cuti umum pada hari Nuzul Al-Quran

Senarai 6 negeri di Malaysia yang tidak akan cuti umum pada hari Nuzul Al-Quran. Untuk pengetahuan semua, umat Islam terutamanya di Malaysia akan berkumpul untuk mengadakan majlis khatam dan tadarus membaca ayat suci al-Quran beramai-ramai sempena hari yang mulia ini.

Selain itu, pelbagai program termasuk ceramah agama biasanya diadakan di seluruh negara untuk mengenang kembali sejarah turunnya al-Quran kepada Nabi Muhammad SAW.

Peristiwa tersebut menjadi titik tolak bagi perkembangan Islam ke seluruh pelosok dunia hingga ke hari ini.

Senarai 6 negeri di Malaysia yang tidak akan cuti umum pada hari Nuzul Al-Quran

Berikut di bawah merupakan negeri-negeri yang mengambil cuti umum pada hari Nuzul al-Quran:

  1. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan, Wilayah Persekutuan Putrajaya
  2. Kelantan
  3. Terengganu
  4. Pahang
  5. Perak
  6. Perlis
  7. Pulau Pinang
  8. Selangor

6 negeri di Malaysia ini pula tidak akan cuti umum pada hari Nuzul al-Quran:

  1. Johor
  2. Kedah
  3. Melaka
  4. Negeri Sembilan
  5. Sabah
  6. Sarawak
Jika anda bekerja dengan syarikat swasta di enam negeri ini, adalah lebih baik jika anda mengesahkan dengan majikan sama ada syarikat anda akan bercuti pada hari Nuzul al-Quran atau tidak.

Sebaliknya, terdapat beberapa negeri lain seperti Kelantan dan Terengganu akan menikmati cuti selama tiga hari bermula dari Khamis, 28 Mac 2024 sehingga Sabtu, 30 Mac 2024.

Bagi mereka yang bekerja di Lembah Klang dan ingin pulang ke kampung halaman untuk berehat panjang, pastikan anda merancang perjalanan dengan bijak!

Baca Lagi:
“Hidup kami sekeluarga berubah selepas nenek tua masuk dalam teksi abah”
Lelaki sesat tak jumpa ruang solat dalam masjid, penduduk dakwa masjid ini dibina oleh jin hanya satu malam sahaja
Fungsi sebenar lubang atas penapis, ramai yang salah guna selama ini
CATEGORIES