‘Sekadar luahan hati, bukan mengeluh’- Lelaki terpaksa berhenti jual air, modal dah habis, keluar RM120 hanya dapat RM3

‘Sekadar luahan hati, bukan mengeluh’- Lelaki terpaksa berhenti jual air, modal dah habis, keluar RM120 hanya dapat RM3

‘Sekadar luahan hati, bukan mengeluh’- Lelaki terpaksa berhenti jual air, modal dah habis, keluar RM120 hanya dapat RM3. Seorang peniaga air di Kota Bharu, Kelantan meluahkan kekecewaan kerana terpaksa berhenti berniaga akibat kehabisan modal disebabkan gagal mendapatkan pelanggan.

Melalui perkongsian di Facebook Muhammad Ridzuan, lelaki tersebut menyatakan bahawa walaupun baru dua hari berniaga, namun dia terpaksa membuat keputusan berat itu bagi mengelakkan kerugian yang lebih besar.

“Dengan modal RM120, saya hanya dapat RM3 sahaja. Hari ini (semalam) modal RM65. Sejak membuka kedai, seorang pun tidak datang lagi. Hari ini (semalam) adalah hari terakhir saya berniaga air. Modal sudah habis. Ini hanyalah luahan hati, bukan mengeluh,” katanya semalam.

'Sekadar luahan hati, bukan mengeluh'- Lelaki terpaksa berhenti jual air, modal dah habis, keluar RM120 hanya dapat RM3

Muhammad Ridzuan juga mengungkapkan bahawa dia gagal mendapatkan pelanggan walaupun telah menurunkan harga yang lebih murah berbanding peniaga lain.

“Air banyak, dijual murah orang (pelanggan) tidak datang juga. Jual mahal pun tidak datang juga. Membagi percuma pun orang ambil. Jika ada sesiapa yang ingin menyumbang untuk berbuka puasa, saya masih ada 33 bungkus lagi. RM4 sebungkus,” ujarnya.

Rata-rata pengguna media sosial berpendapat bahawa keadaan yang sama turut berlaku kepada peniaga lain terutamanya di bazar Ramadan.

“Saya meniaga pun mengalami perkara yang sama. Modal lebih daripada RM100 sehari, tetapi pendapatan hanya RM10, kadang-kadang tiada langsung. Saya terpaksa berhenti sementara kerana modal sudah habis,” ujar Asyraf Zamri.

“Bazar Ramadan tahun ini ramai peniaga sedih. Pada pukul 6.40 petang, barang jualan masih penuh di atas meja,” tambah Mohd.

Baca Lagi:
Rupanya ramai yang tak beli baju raya tahun ini, ini sebabnya
“Saya terima wasap dari orang yang tak dikenali, dia hantar gambar suami minum petang dengan wanita, siap hantar location lagi, sekali ini yang jadi..”
“Hidup kami sekeluarga berubah selepas nenek tua masuk dalam teksi abah”
CATEGORIES