“Menantu balik nak bilik ada aircond dan kipas, tapi berkira nak bayar bil elektrik, aku terpaksa halau anak menantu dan cucu keluar”

“Menantu balik nak bilik ada aircond dan kipas, tapi berkira nak bayar bil elektrik, aku terpaksa halau anak menantu dan cucu keluar”

“Menantu balik nak bilik ada aircond dan kipas, tapi berkira nak bayar bil elektrik, aku terpaksa halau anak menantu dan cucu keluar”. Saya cukup hairan mengapa ramai lelaki tidak mahu bertanggungjawab memberi nafkah kepada anak-anak mereka? Sebaliknya, mereka mendakwa kerana mereka telah bercerai, maka tanggungjawab memberi nafkah menjadi tanggungjawab bekas isteri, bukan mereka.

Bukankah setiap pasangan yang hendak berkahwin mesti menghadiri kursus perkahwinan seperti yang ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam? Apakah bakal suami ini tidak diberitahu siapa yang bertanggungjawab bagi nafkah anak-anak? Dan bukankah anak itu amanah Allah?

Sebenarnya, apa yang cuba saya ceritakan di sini berkaitan dengan nafkah juga, bukan sekadar mengumpat, tetapi menceritakan hal sebenar masalah kebanyakan lelaki Melayu, bukan pada zaman ini sahaja, malah sejak dulu lagi.

"Menantu balik nak bilik ada aircond dan kipas, tapi berkira nak bayar bil elektrik, aku terpaksa halau anak menantu dan cucu keluar"

Mereka memang tidak mahu bertanggungjawab memberi nafkah kepada anak-anak baik sebelum mahupun selepas bercerai. Saya tidak mahu bercerita pasal orang lain, tetapi keluarga saya sendiri. Menantu saya memang tidak mahu bertanggungjawab kepada isteri dan anak-anaknya sendiri.

Memang pelik, tetapi inilah yang berlaku. Bukan saya nak burukkan menantu, tetapi menceritakan hal sebenar. Untuk memudahkan pembaca memahami, biar saya cerita dari awal. Saya ada empat orang anak yang saya besarkan di KL ini.

Dulu, kami datang dari kampung, tetapi berkat sepakat dan kerjasama, kami dapat beli rumah sendiri walaupun kecil. Tetapi kebahagian mula terhakis selepas kami terima menantu pertama. Sebelum berkahwin lagi, saya nasihatkan anak perempuan saya, Zeze, supaya mencari rumah sewa.

Sebab kami cuma ada tiga bilik, kalau mereka duduk rumah kami, bagaimana hal anak-anak lain? Akhirnya, anak lelaki mengalah, dia keluar menyewa rumah dengan kawan. Nasib baik, anak ketiga saya masih belajar dan duduk di asrama, tetapi bila dia balik, rumah kami jadi padat.

Setiap kali saya suruh Zeze mencari rumah sewa, dia memberi alasan susah dapat rumah yang sesuai. Kalau ada, harganya pula mahal. Nak sewa tak mampu. Saya suruh cari rumah flat pun dia beri alasan tak ada rumah kosong. Dipendekkan cerita, anak lelaki nak kahwin, nasib dia guna otak mencari rumah sewa sebelum kahwin.
Lepas nikah, terus pindah. Nak jadi cerita, bila besan dan adik menantu datang nak tidur di rumah kami, mana ada bilik, tetapi katanya dia boleh tidur di ruang tamu. Aduh!! Masalahnya, bagaimana hal anak dara suntinya, tentu payah nak tukar pakaian.
Rupanya, mereka memang tidak kisah. Kita pula segan bila terpandang dia nak tukar pakaian dan suka tidur depan tv. Akhirnya, ruang tamu dimonopoli oleh besan dan anak dara suntinya, hingga suami nak menonton TV pun terhalang.

Masalahnya dia suka sangat datang ke rumah kami. Dua bulan sekali wajib datang. Kecoh memang kecoh. Itu bab rumah sempit. Bab menantu kedekut pun lagi teruk. Bilik mesti ada aircond, ada kipas lagi, tetapi bab nak bayar bil elektrik berkira.

Bayangkan, sebulan anak saya beri RM400, mana cukup? Nak bayar bil elektrik, makanan dan minuman mereka lagi, dan harga barang makanan sekarang bukan murah. Kalau saya masak ala kadar, menantu tidak mahu makan. Apa dia ingat RM400 itu banyak ke? Memang tidak mencukupi.

Bil elektrik saja mencecah RM300 sebulan. Memang bukan dia yang gunakan seorang. Saya sudah banyak kali suruh anak pindah, tetapi dia tetap kata susah nak dapat rumah sewa yang dia mampu. Lagi menyakitkan bila dia mendapat anak. Saya suruh buat aqiqah anak, dia bertangguh lagi, dari bulan ke bulan, hingga umur anak sudah setahun pun aqiqah belum dibuat lagi.

Kemudian, menantu kata aqiqah tidak penting. Akhirnya, kerana cucu, saya buat aqiqah juga. Saya jemput 50 orang, buat kenduri kecil, jemput jiran dan keluarga terdekat, tetapi keluarga menantu datang lebih 30 orang. Kerana malu tidak mencukupi makanan, suami terpaksa beli nasi biryani tambahan untuk 30 orang.

Memang sakit. Menantu buat pekak badak dan buta perut sahaja, dia tidak mahu keluarkan duit untuk beli makanan tambahan untuk keluarganya yang tidak mencukupi makanan. Awalnya, saya minta anak beri duit untuk beli biryani. Dia kata tidak ada duit sebab semua gajinya suami simpan kerana mereka hendak beli rumah.

Berdetup jantung hati saya! Saya mula merasakan kehidupan anak saya tidak akan selamat akhirnya nanti. Tapi saya sabar. Saya dorong anak supaya segera pindah sebab adiknya perempuan nak kahwin, tentu dia nak gunakan bilik.

Zeze masih meminta saya bersabar, katanya kalau boleh dia pindah selepas bersalin. Terkejut saya sebab waktu itulah adiknya nak bertunang dan berunding nak nikah. Zeze risau kalau pindah, siapa nak jaga anaknya, siapa nak siapkan makan minum untuk suaminya, siapa nak cuci pakaian, siapa nak tolong dia waktu dalam pantang nanti.

Zeze menangis minta saya sabar sebab selama ini sayalah yang selesaikan masalah tersebut. Dia tahu balik kerja terus makan. Tetapi saya tidak boleh sabar lagi. Banyak benda perlu saya uruskan bila nak buat kenduri kahwin adiknya nanti.

Selepas berbincang dengan suami, akhirnya kami bersetuju untuk mencari rumah sewa untuk Zeze sebab kami mahu dia segera pindah. Sebab urusan pertunangan, perkahwinan, dan majlis kahwin adiknya perlu kami atur dari awal.

Kami tidak ada duit nak sewa dewan, kami nak buat di depan rumah sahaja, biar kecil asalkan majlis berjalan lancar. Dengan pertolongan Allah, kami dapat carikan rumah sewa untuk Zeze, mahu ke tidak mereka kena pindah. Kalau tidak sesuai, cari rumah lain, buat sementara mereka kena pindah.

Kami terpaksa bayarkan deposit sewa dua bulan, belum masuk deposit utiliti, mereka mesti pindah. Masam muka menantu bila kami paksa mereka pindah. Tiga hari mereka tidak bertegur dengan kami, tetapi saya tidak peduli. Dia mesti bertanggungjawab.

Kalau mereka tidak mahu membawa keluar perkakas rumah, kami tidak kisah, asalkan mereka pindah bawa pakaian sahaja. Bilik itu akan kami kosongkan dan bersihkan untuk jadi bilik pengantin. Oleh kerana hanya menggunakan motosikal, Zeze terpaksa mencari orang untuk jaga anaknya.

Itu urusannya, saya tidak boleh bantu sebab sibuk dengan urusan menjemput saudara mara. Ketika dalam pantang, saya cadangkan Zeze minta bantuan mertuanya sebab mereka memang suka ke KL. Jadi bolehlah jaga Zeze dan anaknya.

Malangnya, mertuanya kata sibuk, kalau datang sehari dua ok sebab ayam itik tidak ada siapa nak jaga. Tetapi dulu di rumah saya dia pernah duduk seminggu, tidak ada pula masalah tinggalkan ayam itik. Selepas tiga bulan adiknya kahwin. Zeze merayu nak balik duduk di rumah kami semula. Tapi saya tolak.

Cukuplah selama ini saya membantu mereka suami isteri, sekarang mereka mesti berdikari dan menghadapi semua masalah yang dihadapi. Saya tahu Zeze nak balik ke rumah sebab suaminya tidak membantu. Sekarang baru mereka tahu betapa susahnya hidup, kalau dulu dia beri saya RM400 sebulan, sekarang sewa rumah RM600 dia kena sediakan, belum masuk bil utiliti, belanja makan minum, susu dan lampin anak, dan upah pengasuh.

Dan saya terkejut bila Zeze beritahu suaminya sering marah kerana tidak cukup duit. Sedangkan selama ini duit gaji Zeze dia yang ambil. Jadi di mana silapnya kalau mereka tidak mencukupi duit? Sejak berkahwin lebih empat tahun dan ketika duduk di rumah kami, Zeze dipaksa serahkan duit gajinya pada suami. Alasannya suami hendak simpan.

Sekarang baru dua tahun mereka pindah, mereka sering bertengkar kerana masalah duit. Ke mana perginya duit gaji Zeze yang dia simpan selama ini. Janji nak beli rumah, tetapi selepas enam tahun masih belum beli rumah lagi.

Sekarang Zeze disuruh berhenti kerja, kena jaga anak sendiri sebab suami tak mampu bayar upah pengasuh anak. Tetapi saya menegah, sebab kalau berhenti, hidup Zeze akan lebih menderita lagi. Sekarang pun suaminya selalu balik lewat.

Nasib baik rumah pengasuh dekat, tak perlu suami pergi ambil, kalau tidak lagi menderita hidup Zeze. Saya nasihatkan Zeze urus duit gaji sendiri, tak perlu beri suami. Tentu Zeze boleh urus rumah tangga lebih mudah dan tak perlu membuat suaminya pening kepala, tetapi suaminya bantah. Alasannya duit gaji tak cukup.

Bagi saya, kalau selalu keluar malam lepak dengan kawan, gaji RM10K pun tak cukup. Yang penting, mesti jujur dengan keluarga dan pandai menguruskan kehidupan berkeluarga. Tetapi jika kedekut, pentingkan diri sendiri, dan suka bersenang-senang dengan kawan, mungkin kahwin dengan anak raja atau anak jutawan sahaja baru cukup duit.

Setiap lelaki mesti tahu tanggungjawab kepada keluarganya, jangan terlalu kedekut kerana ada niat tersendiri. Kepada pembaca, jika mendapat menantu seperti saya, jangan manjakan menantu berlebihan, akhirnya hidup kita sendiri yang menderita. Sebaliknya, latihlah mereka berdikari, untuk membina kehidupan keluarga mereka sendiri.

Baca Lagi:
“Elaun mesyuarat ada masuk akaun bank, saya pulangkan balik, saya tak mahu” – PMX
Selepas kena boikot, KFC ditutup sementara dan akan dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders
“Suami bagitahu dekat kekasih dia yang aku benarkan bermadu tapi dengan syarat, sekali menangis meroyan dia bila tahu syarat yang aku bagi”
CATEGORIES