Tak sangka negeri ramai ‘walaun’ paling ramai daftar PADU

Tak sangka negeri ramai ‘walaun’ paling ramai daftar PADU

Tak sangka negeri ramai ‘walaun’ paling ramai daftar PADU. Rakyat Malaysia digalakkan untuk mengisi maklumat dalam Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) untuk memastikan yang layak menerima manfaat dan tidak terpinggir daripada menerima subsidi sasaran, bantuan, dan perlindungan sosial.

Berikutan itu, rakyat Malaysia diseru untuk bertindak dengan segera mengemaskini maklumat sebelum 31 Mac ini.

Menurut kenyataan daripada Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) Kelantan, Muhd Nor Aswadi Md Nor, Kelantan menjadi negeri di Pantai Timur yang penduduknya paling ramai yang mendaftar maklumat mereka dalam sistem PADU.

Tak sangka negeri ramai 'walaun' paling ramai daftar PADU

Sehingga Sabtu lepas, jumlah 484,639 penduduk telah direkodkan, menyamai 38.8 peratus daripada jumlah keseluruhan 1.2 juta penduduk.

“Sejak 2 Januari sehingga semalam, sebanyak 484,639 penduduk Kelantan telah berjaya mengemaskini maklumat dalam PADU, walaubagaimanapun kami berharap untuk mendapatkan jumlah pendaftaran yang lebih tinggi.
“Kita masih ada masa sehingga 31 Mac ini dan kami menggesa semua untuk segera mengemaskini maklumat dalam PADU agar tidak terlepas daripada menerima sebarang bantuan kerajaan sebagaimana yang diumumkan,” katanya.

Selepas Kelantan, jumlah penduduk yang mendaftar dalam PADU di Pantai Timur diikuti oleh Pahang dengan jumlah 406,892 dan seterusnya Terengganu dengan 355,836.

Untuk memberi kemudahan kepada rakyat untuk mendaftar, Jabatan Perangkaan (DOSM) Kelantan mengambil tindakan proaktif dengan membuka kaunter-kaunter di pejabat jabatan itu dan beberapa kawasan terpilih.

“Orang ramai boleh mendaftar dalam PADU melalui telefon bimbit masing-masing dan jika memerlukan bantuan, mereka boleh mengunjungi Pusat Sebaran Maklumat Nasional atau pejabat JaPen yang berdekatan.

“Selain itu, kaunter-kaunter juga dibuka di pasar raya Mydin untuk memudahkan masyarakat, terutamanya mereka yang tinggal di kawasan kampung, untuk mengisi atau mengemas kini maklumat dalam PADU,” jelasnya.

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak perlu bimbang mengenai keselamatan maklumat mereka di dalam PADU.

“Seperti yang telah disebutkan beberapa kali oleh menteri yang berkaitan, orang ramai tidak perlu bimbang kerana kerahsiaan maklumat ini terjamin. Pertama, PADU diselenggarakan oleh pegawai-pegawai kerajaan dan mereka tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi.

“Kedua, PADU menggunakan sistem yang dikelola oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia, CyberSecurity Malaysia, dan beberapa agensi kerajaan yang bertugas untuk menjamin keselamatan data pengguna,” katanya.

Baca Lagi:
Rupanya ramai yang tak beli baju raya tahun ini, ini sebabnya
“Hidup kami sekeluarga berubah selepas nenek tua masuk dalam teksi abah”
Lelaki sesat tak jumpa ruang solat dalam masjid, penduduk dakwa masjid ini dibina oleh jin hanya satu malam sahaja
CATEGORIES