Fenomena air sungai bertukar warna biru gemparkan penduduk

Fenomena air sungai bertukar warna biru gemparkan penduduk

Fenomena air sungai bertukar warna biru gemparkan penduduk. Penduduk tempatan terkejut apabila sebuah sungai di China bertukar warna biru.

Rakaman aneh itu menunjukkan air sungai tersebut seperti dicelup dalam warna biru terang, khususnya di kawasan arus yang lebih kuat.

Beberapa penduduk juga mengutarakan kebimbangan mereka, dengan beberapa percaya bahawa perubahan warna yang ganjil itu mungkin disebabkan oleh pembuangan bahan kimia dari stesen minyak berhampiran.

Fenomena air sungai bertukar warna biru gemparkan penduduk

“Kejadian ini benar-benar berlaku dan bukan hasil dari sebarang kesan khusus. Saya belum pernah melihat sesuatu yang seumpama ini sebelum ini,” kata salah seorang penduduk.

Yang lebih mengejutkan, apabila individu tersebut kembali ke tempat itu, air sungai sudah kembali kepada warna semula.

Tidak lama selepas itu, laporan muncul yang mendakwa pekerja dari syarikat penghantaran ekspres berhampiran telah menuangkan cat ke dalam sungai tersebut, tetapi perkara ini masih belum disahkan.

Biro Ekologi dan Alam Sekitar Dongguan dilaporkan telah menghantar pasukan untuk menyiasat lokasi dan mengambil sampel air untuk kaji selanjutnya.

Baca Lagi:
‘Suami macam budak kecil kena arahkan solat, kerap tidur siang hingga gemuk, isteri dah mula rasa hilang selera tengok keadaan suami’
‘Sekadar luahan hati, bukan mengeluh’- Lelaki terpaksa berhenti jual air, modal dah habis, keluar RM120 hanya dapat RM3
Jangan laminate geran tanah, pejabat tanah akan isytihar geran rosak
CATEGORIES