Ramai yang belum tahu, ini 7 perkara yang tak boleh dibuat ketika melancong ke Thailand

Ramai yang belum tahu, ini 7 perkara yang tak boleh dibuat ketika melancong ke Thailand

Ramai yang belum tahu, ini 7 perkara yang tak boleh dibuat ketika melancong ke Thailand.

● Thailand merupakan salah satu destinasi percutian kegemaran ramai kerana memiliki pantai-pantai yang indah, kuil yang megah, dan pusat perbelanjaan yang murah. Beberapa tahun kebelakangan ini, memang ramai orang Malaysia yang suka bercuti di Thailand. Tapi ada larangan yang korang perlu patuhi kalau nak menjejakkan kaki di negara tersebut.

Setiap negara pastinya mempunyai undang-undang yang tersendiri. Sebagai orang luar, apabila kita masuk ke rumah orang, kita juga perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan. Disini Min akan senaraikan 7 perkara yang korang tak boleh buat kalau travel ke Thailand.

Ramai yang belum tahu, ini 7 perkara yang tak boleh dibuat ketika melancong ke Thailand

1. Jangan Bawa Dadah.

Sama seperti Malaysia, negara Thailand juga melarang penggunaan dadah dan memperuntukkan hukuman mati kepada mana-mana pesalah yang didapati menyeludup dadah.

2. Tidak Menghormati Kerabat Diraja Thailand.

Warga Thailand memiliki rasa nasionalisme yang tinggi dan sangat menghormati keluarga diraja Thailand. Jika mengunjungi Thailand, janganlah cakap atau mengatakan hal-hal yang negatif mengenai keluarga kerajaan Thailand kalau taknak masuk lokap.

3. Jangan Guna Jari Telunjuk Untuk Menunjuk.

Mungkin bagi kita ini adalah perkara biasa namun tidak bagi warga Thailand. Di sana perbuatan menggunakan jari telunjuk untuk menunjuk sesuatu dianggap kasar oleh warga Thailand.

4. Membuang Sampah Merata-Rata Di Thailand.

Benda ini nampak basic tapi sangat ditekankan di sana. Mana-mana individu yang didapati bersalah membuang sampah, dia boleh dikenakan denda maksimum sebanyak 100,000 Baht atau dipenjara selama setahun.

5. Larangan Merokok & Rokok Elektronik.

Rokok mungkin semua akan faham tapi vape? Yup, dekat Thailand rokok eletronik dah diharamkan di Thailand sejak 2014 dan ramai pelancong yang datang ke Thailand telah ditangkap kerana mengabaikan larangan. Di Thailand, anda akan dikenakan denda sebanyak 100,000 Baht, satu tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika didapati bersalah.

6. Jangan Sentuh Kepala Orang Lain.

Mungkin dekat Malaysia, benda ini macam tak ada masalah. Tapi dekat Thailand, menyentuh kepala orang lain dianggap tidak sopan. Hal ini kerana kepala adalah bahagian tubuh paling suci dan tinggi darjatnya menurut warga Thailand.

7. Membawa Walkie-Talkie.

Haaa macam pelik kan? Tapi Walkie-Talkie ini memang diharamkan. Sebenarnya bukan Thailand je tak boleh, seluruh dunia pun tak boleh juga. Reason? Atas faktor keselamatan. Sebab ini melibatkan frekuensi dan kerajaan khuatir mungkin orang awam akan terdengar perbualan yang tak sepatutnya didengar.

Semoga bermanfaat

Baca Lagi:
Selepas kena boikot, KFC ditutup sementara dan akan dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders
Isteri kerap kena jangkitan UTI, rupanya punca dari suami sebab selalu kencing tak basuh
“Kita semua dah sampai depan Kaabah”- Ramai sebak lihat video ustaz ini bawa jemaah cacat penglihatan berdoa depan Kaabah
CATEGORIES