Ini yang akan terjadi jika guna air paip ganti air ‘coolant’ untuk radiator kereta

Ini yang akan terjadi jika guna air paip ganti air ‘coolant’ untuk radiator kereta

Ini yang akan terjadi jika guna air paip ganti air ‘coolant’ untuk radiator kereta. Seperti yang kita semua sedia maklum, enjin sebuah kenderaan bertindak sebagai otak dan jantung yang mengawal operasi kenderaan.

Pada bahagian enjin tersebut, terdapat pelbagai komponen yang saling melengkapi bagi memastikan kenderaan berfungsi dengan cemerlang. Salah satu komponen yang penting adalah radiator.

Fungsi radiator adalah untuk menyejukkan enjin dan mencegahnya daripada mengalami pemanasan berlebihan. Haba dari enjin dipindahkan melalui cecair penyejuk atau coolant ke dalam radiator untuk proses penyejukkan.

Ini yang akan terjadi jika guna air paip ganti air 'coolant' untuk radiator kereta

Walaubagaimanapun, terdapat pemilik kenderaan yang kadang-kadang menggantikan cecair penyejuk ini dengan air paip biasa apabila tangki radiator menjadi kosong.

Pertanyaannya, adakah air paip biasa dapat menggantikan fungsi cecair penyejuk yang dirancang khas untuk radiator dan enjin?

Adakah tindakan ini selamat atau akan membawa risiko kepada pemilik kenderaan?

Oleh itu, kami ingin kongsikan video penerangan oleh pengguna Tiktok, @James_Alatin yang menjawab persoalan-persoalan di atas.

Kesan Penggunaan Air Biasa dalam Radiator

Menurut @James_Alatin, air biasa boleh digunakan sebagai pengganti cecair penyejuk, tetapi hanya dalam keadaan kecemasan sahaja.

Ini kerana air biasa mempunyai kelemahan berbanding cecair penyejuk. Antaranya, air biasa mempunyai takat didih yang rendah, iaitu hanya 100 darjah Celsius. Takat didih yang rendah ini boleh menyebabkan radiator berkarat pada kenderaan.

Sekiranya radiator kenderaan berkarat untuk jangka masa yang lama, ia boleh mengakibatkan bahagian dalam radiator terhakis dan menyebabkan kebocoran.

Berbeza dengan cecair penyejuk yang mempunyai takat didih melebihi 100 darjah Celsius, membolehkannya bertahan dalam keadaan suhu yang lebih tinggi.

Selain itu, cecair penyejuk juga mengandungi bahan kimia yang melindungi radiator daripada berkarat.

Apabila anda menjalankan pemeriksaan berkala ke atas kenderaan anda, pastikan anda menggunakan cecair penyejuk untuk menjaga radiator dalam jangka masa panjang.

Penjagaan radiator merupakan aspek yang perlu diberi perhatian kerana jika diabaikan, ia boleh menyebabkan kos penyelenggaraan, penggantian, atau pembaikan yang tinggi.

Video tersebut telah menerima lebih daripada 900 ribu tontonan dari pengguna media sosial dan mendapat banyak pujian di dalam ruang komen. Semoga bermanfaat bagi semua.

@james_alatin Boleh Ke Guna Air Paip Ganti Coolant Dalam Radiator Kereta ? #alatin #james_alatin #kereta #car #carmalaysia #education #cermin #cermingelap #tinted #tintedwindows #tiktokguru #learnontiktok #coolant #radiator #water #fyp ♬ original sound – James_Alatin

Baca Lagi:
Khas untuk yang suka kentut, doktor ini dedah 5 sebab kenapa kentut bau busuk
“Suami bagitahu dekat kekasih dia yang aku benarkan bermadu tapi dengan syarat, sekali menangis meroyan dia bila tahu syarat yang aku bagi”
Isteri kerap kena jangkitan UTI, rupanya punca dari suami sebab selalu kencing tak basuh
CATEGORIES