“Real anak jantan”- Dua ahli politik selesai isu dengan bertinju dalam gelanggang

“Real anak jantan”- Dua ahli politik selesai isu dengan bertinju dalam gelanggang

“Real anak jantan”- Dua ahli politik selesai isu dengan bertinju dalam gelanggang. Dua ahli politik Brazil yang berselisih pendapat memilih cara unik untuk menyelesaikan pertikaian mereka dengan bersetuju untuk bertinju di dalam gelanggang, seperti yang dilaporkan oleh laman berita The Guardian pada 13 Disember 2021.

Datuk Bandar Borba, Simao Peixoto sebelum ini telah mencabar secara terbuka oleh bekas ahli majlis, Erineu da Silva, pada bulan September yang lalu. Silva, yang lebih dikenali sebagai Mirico, dilaporkan marah dengan tuduhan bahawa datuk bandar gagal menjaga taman air berhampiran sungai Madeira.

Beliau menuntut agar diadakan pertarungan tinju dengan ahli politik tersebut yang disifatkannya sebagai ‘hampas’ dan ‘penyangak’. Peixoto kemudian mengeluarkan video dalam talian yang menunjukkan kesediaannya untuk menentang lawannya tersebut, dengan menampar tapak tangannya dengan tinjunya sambil berkata, ‘tunjukkan muka anda!’.

"Real anak jantan"- Dua ahli politik selesai isu dengan bertinju dalam gelanggang

“Pasukan jalanan bukanlah gelaran saya, saya ialah datuk bandar perbandaran Borba, tetapi jika dia benar-benar mahu bertarung, kami bersedia untuk menentangnya. Saya sentiasa menjadi pemenang,” kata ahli politik itu di laman Facebook rasminya pada awal November yang lalu.

Sebulan kemudian, pada satu pagi Ahad, pertarungan antara kedua-duanya diadakan di gimnasium di sekolah tempatan. Pertarungan tersebut disaksikan oleh ratusan penonton dan turut disiarkan secara dalam talian.

Peixoto memasuki gelanggang kira-kira jam 2.30 pagi, dikelilingi oleh pembantu dan membawa tuala hitam. Manakala Silva pula muncul dengan membuat provokasi dengan menconteng platform dan pergi ke kawasan lawannya. Dia kemudian menunjukkan isyarat seperti memotong leher, seperti yang dilaporkan oleh laman web BNC Amazonas.

Saksi yang menyaksikan pertarungan selama 13 minit itu mengatakan bahawa Peixoto mengalami serangan yang menyakitkan. Walaupun pada mulanya Peixoto berjaya menjatuhkan Mirico, namun lawannya itu memberi balasan.

Selepas tiga pusingan, Peixoto hampir tidak mampu berjalan kerana jumlah tendangan yang diterimanya. Walaupun begitu, Peixoto diumumkan sebagai pemenang dan keputusan tersebut tidak disenangi oleh penonton.

“Peliknya, Mirico tewas dengan satu mata,” kata Fato Amazônico seperti yang dilaporkan oleh The Guardian.

Baca Lagi:
Top 5 duit syiling paling mahal dijual di Malaysia, ada yang cecah RM750,000 sekeping
Terpilih pelajar cemerlang di Malaysia, ini rahsia Dr Amalina raih 17A1 dalam SPM 2004
Laki bini orang ‘alim’ tak nak bayar hutang RM6,000 sebab pemiutang tak solat
CATEGORIES