Anak murid bagi hadiah hari guru sejadah dan tasbih digital, ‘masalahnya cikgumu kafir nak’

Photo of author

By Joe

Anak murid bagi hadiah hari guru sejadah dan tasbih digital, ‘masalahnya cikgumu kafir nak’. Setiap 16 Mei merupakan hari yang istimewa kerana pelajar-pelajar mengambil kesempatan untuk meraikan insan yang dipanggil guru dengan ucapan penghargaan dan pemberian hadiah.

Sempena Hari Guru, pelbagai cerita dan kisah lucu pelajar dalam usaha mereka untuk menghargai guru tersayang dapat kita lihat dikongsikan di media sosial.

Seorang guru di Twitter telah berkongsi pengalaman menyambut Hari Guru semalam yang telah menyentuh hati netizen.

Anak murid bagi hadiah hari guru sejadah dan tasbih digital, 'masalahnya cikgumu kafir nak'

Dalam perkongsian itu, beliau menceritakan bahawa beliau menerima hadiah selembar sejadah dan tasbih digital daripada salah seorang muridnya.

Walaupun menghargai pemberian tersebut, tetapi hadiah yang diberikan oleh seorang murid di sebuah sekolah di Kuala Pilah, Negeri Sembilan ini dirasakan tidak sesuai dengan agamanya.

Anak murid bagi hadiah hari guru sejadah dan tasbih digital, 'masalahnya cikgumu kafir nak'

“Anak murid bagi sejadah dan tasbih digital.

“Masalahnya cikgumu kafir nak…” jelasnya dalam ciapan dikongsikan di X.

Selepas perkongsiannya menjadi tular, Jasli menjelaskan situasi sebenar dengan berkongsi tangkap layar perbualan dengan murid tersebut.

Menurut Jasli, dia menerima hadiah tersebut daripada pelajar kelas lain.

“Saya sudah jelaskan tau semua petang tadi (Khamis). Ini bukan kali pertama juga. Saya tak larat nak terangkan dekat murid yang saya tak mengajar.

“Kalau budak bagi salam, saya jawab je sebab ustaz-ustaz pun cakap tak salah,” katanya menjelaskan keadaan.

Menerusi perbualan Jasli di WhatsApp bersama pemberi hadiah itu, murid berkenaan dilihat meminta maaf atas salah faham yang berlaku.

Difahami, kekeliruan timbul apabila guru tersebut mempunyai wajah seperti orang Melayu ditambah pula dengan namanya, Jasli bin Jamil.

Kalau budak bagi salam, saya jawab je sebab ustaz-ustaz pun cakap tak salah.
JASLI
“Ye la sir muka sudah macam Islam dan nama pun sama tu yang saya keliru,” jelas pelajar tersebut.

Jasli turut memaklumkan mengenai asal usulnya yang mana dia merupakan Orang Asli.

“Ramai tanya asal usul saya. Saya Orang Asli. Nama diberi Jasli bin Jamil.”

Anak murid bagi hadiah hari guru sejadah dan tasbih digital, 'masalahnya cikgumu kafir nak'

“Memang ada ‘bin’ semua adik beradik. Arwah ayah saya pun berbinkan datuk saya,” katanya.

Hantaran ini menarik perhatian pelayar di X yang memberikan cadangan kepada Jasli.

Rata-ratanya memberikan cadangan supaya guru Bahasa Inggeris itu meletakkan hadiah tersebut di surau atau menjadikannya sebagai alas.

Menurut Jasli, dia bercadang untuk meletakkan sejadah dan tasbih digital berkenaan di surau di hadapan rumahnya.

Baca Lagi:
Polis keluarkan lakaran wajah suspek simbah asid pada Faisal Halim
Siapa punya idea angkat ‘wiper’ bila parkir kereta?, ini yang perlu anda tahu
Jangan buang minyak selepas masak, ini senarai 7 tempat yang boleh jual balik minyak masak terpakai dengan harga RM2.50 per kg