PBT tembak burung gagak jatuh dalam periuk besar sup, peniaga terpaksa buang tanggung rugi beribu undang sebak. Jika anda tinggal di kawasan yang banyak pokok, anda pasti sering melihat gagak. Gagak ini adalah haiwan perosak dan kehadirannya sering mengganggu penduduk tempatan. Oleh itu, kadang-kadang pihak berkuasa tempatan (PBT) menjalankan operasi menembak burung gagak.
Namun, terkadang PBT tidak dapat mengawal di mana burung gagak yang ditembak akan jatuh. Mereka hanya boleh mengutip dan membuangnya selepas operasi tamat.
Ini dialami oleh peniaga sup di Pulau Pinang apabila seekor gagak yang ditembak mati jatuh dan masuk ke dalam periuk sup mereka. Anda boleh mendengar penjelasan peniaga yang terpaksa membuang satu periuk sup dalam video @twincafesup di bawah.
Tak boleh jual
@twincafesup Alhamdullah tak ada rezki untuk hari tolong doakan kami dan support kami guys 😠#rajasupno1dimalaysia #supsekoqlembu #jomtwincafe ♬ bunyi asal – Twincafesup_88
Rata-rata netizen bersimpati atas apa yang berlaku kepada peniaga ini. Tak kurang juga ada yang memuji tindakan mereka untuk terus membuang sup yang telah dicemari bangkai gagak itu.
Takpa, benda dah jadi nak buat macam mana kan. Apa-apa pun jangan putus semangat, mungkin ada rezeki di lain hari.
Mungkin lepas ni boleh fikirkan untuk masak sup dalam periuk besar macam tu di kawasan yang bertutup. Boleh elakkan dari sebarang benda yang tak diingini masuk. Semua pihak buat kerja masing-masing, kadang-kadang tu ada perkara diluar jangkaan berlaku kan.
Kalau ada yang nampak update kes ni boleh share dengan min. Nak tahu gak apa jalan penyelesaian yang terbaik kalau kes macam ni berulang.