Terpilih pelajar cemerlang di Malaysia, ini rahsia Dr Amalina raih 17A1 dalam SPM 2004

Terpilih pelajar cemerlang di Malaysia, ini rahsia Dr Amalina raih 17A1 dalam SPM 2004

Terpilih pelajar cemerlang di Malaysia, ini rahsia Dr Amalina raih 17A1 dalam SPM 2004. Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2023 akan diumumkan tidak lama lagi.

Nama-nama pelajar cemerlang yang mencapai keputusan gemilang pastinya akan tersiar di akhbar tempatan dan media sosial.

Dr. Amalina Bakri, atau nama penuhnya, Nur Amalina Che Bakri, adalah salah seorang pelajar cemerlang yang mencapai 17A1 dalam SPM 2004.

Terpilih pelajar cemerlang di Malaysia, ini rahsia Dr Amalina raih 17A1 dalam SPM 2004

Dengan pencapaian yang membanggakan itu, ramai generasi muda mula memasang impian untuk menjadi seperti beliau yang kini berkhidmat sebagai Pakar Bedah di London.

Namun, untuk mencapai kejayaan seperti beliau, pastinya ada pengorbanan dan amalan yang perlu dilakukan.

Oleh itu, Sinar Bestari mendedahkan beberapa rahsia kejayaan anak Kelantan ini seperti yang dikongsi beliau melalui laman sosialnya.

Inilah catatan beliau!

Belajar adalah satu aktiviti yang menyeronokkan. Apabila kita merasa gembira, proses mengulangkaji apa sahaja mata pelajaran menjadi lebih mudah.

Saya belajar seperti biasa dan menganggap mengulangkaji sebagai satu aktiviti yang sangat menarik.

Apabila saya merasa tertarik, saya tidak merasa letih untuk belajar walaupun saya perlu meluangkan masa yang panjang untuk mempelajarinya.

Daripada 10 subjek yang dipelajari di sekolah, hanya mata pelajaran Prinsip Akaun sahaja yang saya pelajari di pusat tuisyen sebagai tambahan. Subjek lain, saya belajar sendiri di rumah. Jika saya tidak faham, saya akan berjumpa dengan guru dan meminta bantuan mereka.

Bagi pelajar yang sukar mengingati nota dan formula, mungkin anda boleh mengikuti tip-tip di bawah ini:

1. Buat nota ringkas.
2. Lukis peta minda apabila mengulang kaji dan mempelajari topik baru.
3. Wujudkan kata kunci.
4. Buat banyak latihan berhubung sesuatu formula sehingga terbiasa.
5. Buat latihan berterusan supaya mudah mengingati.
6. Ulangkaji di rumah secara berterusan.

Tip untuk menguatkan ingatan selepas mengulang kaji:

1. Tumpukan perhatian sepenuhnya di dalam kelas.
2. Sentiasa berfikiran positif.
3. Fikirkan perkara yang bermanfaat sahaja.
4. Elakkan fikiran negatif yang merosakkan minda.
5. Elakkan makanan yang mengandungi banyak bahan kimia seperti makanan ringan dan makanan segera.
6. Jangan minum minuman berkafein.

INFO

Terpilih pelajar cemerlang di Malaysia, ini rahsia Dr Amalina raih 17A1 dalam SPM 2004

Biodata Dr Amalina:

1) Nama sebenar Nur Amalina Che Bakri, lebih dikenali sebagai Dr Amalina atau Amalina Bakri.
2) Lahir pada 7 Disember 1987 di Kota Bharu, Kelantan, dan dibesarkan di Johor Bahru, Johor.
3) Anak tunggal kepada pasangan Che Bakri Che Mod, seorang jurutera di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, dan Sabariah Hassan, seorang pengetua sekolah.
4)Namanya mencuri perhatian selepas mencipta sejarah dengan keputusan 17A1 dalam SPM 2004.
5) Memulakan kerjaya sebagai doktor selepas menamatkan pengajian di University of Edinburgh pada Julai 2013.

Pencapaian Dr Amalina:

1. Mengambil A-Level di The Cheitenham Ladies’ College, England dari 2005 hingga 2007.
2. Menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan (MBChB) di Universiti Edinburgh, Scotland dari 2007 hingga 2013.
3. Belajar di Universiti Edinburgh, Scotland dalam bidang Ijazah Sarjana Muda (BMedSc) Farmakologi dari 2009 hingga 2010.
4. Mengikuti Program Amgen European Scholars yang melibatkan kajian dalam bidang Farmakologi di Institut Karolinska, Sweden dari 2009 hingga 2010.
5. Bertugas sebagai doktor pelatih bagi program Surgikal Onkologi dan Genekologi di Sekolah Perubatan Harvard, Universiti Harvard di Amerika Syarikat dari 2012 hingga 2013.
6. Menuntut Ijazah Sarjana Falsafah dalam bidang Penterjemah Perubatan dan Terapeutik di Universiti Cambridge dari 2013 hingga 2015.
7. Sebelum ini, beliau menuntut dalam bidang pengajian Doktor Falsafah (PhD), serta berkhidmat sebagai Pendaftar Pembedahan Umum di Penjagaan Kesihatan Kolej Imperial, London selepas menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Penterjemah Perubatan dan Terapeutik di Universiti Cambridge.

Baca Lagi:
Menabung hasil jualan selama 3 tahun, penjual apam balik beli sebuah rumah guna duit syiling
500 pekerja bakal terjejas, AMS-Osram tak jadi teruskan operasi di Kedah
Pelaut tangkap ikan punyai wajah seperti ‘khinzir’ dikecam netizen
CATEGORIES