“Hujan ikan”- Penduduk terkejut ikan jatuh dari langit masih hidup

“Hujan ikan”- Penduduk terkejut ikan jatuh dari langit masih hidup

“Hujan ikan”- Penduduk terkejut ikan jatuh dari langit masih hidup. Sejumlah ikan ‘jatuh dari langit’ di kawasan Yasuj, Iran, menyebabkan penduduk berlari mencari perlindungan bagi mengelak daripada ditimpa haiwan itu, seperti yang dilaporkan oleh portal berita Daily Star pada 6 Mei 2024.

Beberapa rakaman video menunjukkan kejadian pelik itu berlaku semasa hujan lebat semalam, sehingga menjadi viral di media sosial.

Dalam satu klip video di sebuah jalan utama, seorang lelaki keluar dari keretanya apabila ikan jatuh di sekelilingnya. Dia kemudian mengambil salah satu ikan yang masih hidup walaupun terkesan apabila ikan laut itu terkena impak kuat apabila jatuh di atas jalan raya yang berturap.

"Hujan ikan"- Penduduk terkejut ikan jatuh dari langit masih hidup

Fenomena jarang ini dipercayai berpunca daripada belalai air yang mirip dengan angin puting beliung, di mana ia ‘mengangkat’ hidupan laut kecil, manakala terdapat laporan mengenai taufan berlaku di kawasan Yasuj.

Menurut seorang pakar iklim, ‘hujan haiwan’ adalah perkara sebenar, tetapi banyak laporan masih belum terbukti.

“Tidak ada kuasa ghaib dalam hal ini. Satu hipotesis adalah belalai air seperti angin puting beliung kadangkala ‘menangkap’ makhluk seperti ikan atau katak dan membawanya jauh.
“Apabila kelajuan angin beransur-ansur berkurangan, makhluk hidup itu jatuh ke dalam air hujan,” katanya.
Baca Lagi:
Tak sempat nak ‘healing’ di Bukit Tunku, 2 lelaki cabut lari selepas dengar suara mengilai
Laki bini orang ‘alim’ tak nak bayar hutang RM6,000 sebab pemiutang tak solat
Terpilih pelajar cemerlang di Malaysia, ini rahsia Dr Amalina raih 17A1 dalam SPM 2004
CATEGORIES