Top 5 duit syiling paling mahal dijual di Malaysia, ada yang cecah RM750,000 sekeping

Top 5 duit syiling paling mahal dijual di Malaysia, ada yang cecah RM750,000 sekeping

Top 5 duit syiling paling mahal dijual di Malaysia, ada yang cecah RM750,000 sekeping. Siapa sangka duit syiling lama boleh dijual semula pada harga yang lebih tinggi? Namun, tidak semua duit syiling lama bernilai tinggi; terdapat beberapa faktor yang menyebabkan duit tersebut mahal.

Antara faktornya adalah sejarah, bilangan pengeluaran yang rendah, dan keadaan duit syiling tersebut.

Tahukah anda, duit syiling Malaysia adalah di antara yang paling mahal di pasaran, dengan nilai sehingga RM700,000 sekeping.

Top 5 duit syiling paling mahal dijual di Malaysia, ada yang cecah RM750,000 sekeping

Berikut adalah senarai harga jualan bagi duit syiling lama:

Syiling corak Malaysia 1966 dilelong dengan harga RM743,731.

Pada 10 Mac 2015, Syiling corak Malaysia 1966 yang dilelong oleh Collectibles Auction Asia (CAA) di Singapura telah berjaya terjual pada harga SG$210,000.

Jumlah keseluruhan termasuk premium pembeli sebanyak 15 peratus adalah SG$241,500 atau RM743,731.

Satu set 10 keping duit syiling tersebut dilelong sebagai lot 247 dalam acara lelongan keenam Collectibles Auction Asia.

Ini adalah sebahagian daripada rekaan yang dihasilkan oleh peserta Pertandingan Mereka Syiling Kebangsaan yang dianjurkan oleh Majlis Kesenian Malaysia bagi pihak Bank Negara Malaysia pada awal tahun 1966.

Syiling 50 sen 1969 Milled Edge NGC MS65 telah dilelong dengan harga RM81,846.

Pada 4 Oktober 2014, duit syiling 50 sen 1969 tanpa sisi sekuriti (Milled Edge), yang telah digred MS65 oleh Syarikat Pengredan dari Amerika Syarikat, Numismatic Guaranty Corporation (NGC), telah dilelong seharga RM81,846 (termasuk premium pembeli) dalam sebuah acara lelongan numismatik yang diadakan oleh Collectibles Auction Asia (CAA) di Singapura.

Gred MS65 adalah gred yang tertinggi sehingga kini bagi duit syiling 50 sen Milled Edge 1969. Selain daripada syiling ini, hanya ada sekeping lagi duit syiling 50 sen 1969 Milled Edge yang mendapat gred MS62, iaitu kedudukan kedua terbaik dalam kategori syiling ini.

Pembeli duit syiling tersebut adalah seorang kolektor dari Singapura.

Syiling 50 sen 1969 Milled Edge PCGS MS 66 telah dilelong dengan harga RM73,193.

Pada 8 Oktober 2016, set Duit syiling pruf Malaysia keluaran khas yang diberikan kepada kakitangan Bank Negara Encik Hew Weng Kai (1958-1985) telah terjual pada harga RM69,587 (termasuk premium pembeli).

Sehingga hari ini, hanya ada lima set duit syiling pruf Malaysia keluaran khas yang telah direkodkan.

Set duit syiling pruf itu mengandungi:

  • Sekeping syiling 5, 10, 20, 50 sen copper nickel pruf dan 1 sen copper pruf tahun 1967.
  • Sekeping syiling 1 Ringgit 1971 copper nickel pruf.
  • Sekeping syiling peringatan 5 Ringgit copper nickel pruf Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman.
  • Sekeping syiling peringatan 1 Ringgit pruf perak 10 tahun Bank Negara.
  • Sekeping syiling peringatan RM100 pruf emas Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman.
  • Sekeping syiling peringatan 1 Ringgit copper nickel pruf 1972 Bandaraya Kuala Lumpur.

Syiling pruf Malaysia keluaran khas terjual dengan harga RM66,568.

Syiling perunggu khas Malaysia, yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) sebagai anugerah untuk kakitangan keselamatan Bank Negara, berjaya dilelong pada harga RM66,568 (termasuk premium pembeli) pada 22 April 2016.

Set duit syiling perunggu tersebut, yang dilelong semasa Lelongan CAA (Collectibles Auction Asia) Auction 7, dikeluarkan untuk Encik Abu Bakar Mat Daud.

Baca Lagi:
Guru PASTI maut langgar jalan berlubang
Wanita didenda RM1,000 selepas mengaku tampar dan tarik rambut wanita sebab tak bayar hutang RM300
Tergamak ibu campak anak OKU berusia 6 tahun dalam sungai yang dipenuhi buaya
CATEGORIES