Ramai yang tak tahu, rupanya sikap anak dipengaruhi pada waktu lahir, ini senarainya. Kata orang, sikap anak berbeza-beza mengikut waktu kelahirannya. Walaupun ini bukan satu perkara yang pasti, namun sedikit sebanyak tetap akan mempengaruhi karakter kanak-kanak tersebut.
Jadi, jika ingin mengetahui bagaimana perangai anak akan menjadi apabila dewasa nanti, bolehlah membaca artikel perkongsian di bawah ini. Adakah ia sama dengan perangai ibu atau ayah sekarang?
Tengah malam – 04.00 pagi
Jika si manja anda lahir pada waktu ini, ia kemungkinan mempunyai sifat peribadi yang sangat sensitif. Selain itu, mereka juga difahamkan memiliki sifat berimaginasi yang tinggi berbanding orang lain.
Tengah malam – 02.00 pagi
Karakter bayi yang lahir pada waktu ini pula difahamkan lebih cenderung percaya pada diri sendiri dan mudah bergaul. Antara sikap positif yang lain adalah sentiasa meletakkan keluarga pada nombor satu dan mudah memberi pertolongan kepada orang lain.
02.00 pagi – 04.00 pagi
Anak yang dilahirkan pada waktu ini difahamkan memiliki keupayaan diri yang cerdas. Mereka juga pandai kemahiran komunikasi dan membuat dirinya lebih berjaya ketika memasuki alam pekerjaan.
Jam 04.00 pagi – 08.00 pagi
Karakter anak yang lahir pada waktu ini difahamkan memiliki sifat yang gigih. Mereka tidak pernah putus asa walau situasi tersebut sukar untuk dihadapi. Ketekunan dalam melakukan sesuatu perkara juga membuat mereka menjadi insan yang berjaya dan semua impian tercapai.
8.00 pagi – 12 tengah hari
Si kecil yang lahir pada waktu ini dikatakan memiliki karakter yang optimistik dan sentiasa bersangka baik. Dia juga difahamkan memiliki bakat dalam artistik.
12.00 tengah hari – 4.00 petang
Si kecil yang lahir pada waktu ini memiliki sifat energetik dan sangat kreatif. Mereka juga seorang yang lucu dan berpengetahuan tinggi dalam segala hal.
4.00 petang – 8.00 malam
Selanjutnya, karakter anak yang lahir pada waktu ini dikatakan seorang yang suka memberontak. Mereka juga lebih mudah gelisah tetapi suka sesuatu yang baru dan mencabar dalam kehidupan.
8.00 malam – tengah malam
Jika bayi dilahirkan pada waktu ini, karakter anak mungkin seseorang yang sangat dominan dan bersemangat tinggi.