Kecoh dakwaan kapal kargo milik Israel berlabuh di Pelabuhan Klang, ini penjelasan Anthony Loke

Kecoh dakwaan kapal kargo milik Israel berlabuh di Pelabuhan Klang, ini penjelasan Anthony Loke

Kecoh dakwaan kapal kargo milik Israel berlabuh di Pelabuhan Klang, ini penjelasan Anthony Loke. Sebuah kapal kargo yang dimiliki oleh syarikat Israel dilaporkan berlepas dari Malaysia minggu lalu, kurang lima bulan selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan larangan semua kapal yang dimiliki oleh negara Zionis tersebut daripada menggunakan pelabuhan di negara ini sebagai tanda solidariti kepada rakyat Palestin, demikian dilaporkan oleh MalaysiaNow pada Jumaat.

Laporan itu berdasarkan semakan portal media tersebut menerusi Marine Traffic, aplikasi yang mengesan pergerakan perkapalan antarabangsa.

Kapal kargo ZIM Rotterdam yang dimiliki oleh syarikat Israel Zim Integrated Shipping Services, ditemui berlabuh di Pelabuhan Klang pada 29 April lalu, sebelum berlepas sehari kemudian menuju ke Pelabuhan Shantou, China.

Kecoh dakwaan kapal kargo milik Israel berlabuh di Pelabuhan Klang, ini penjelasan Anthony Loke

ZIM Rotterdam, yang mempunyai nombor Organisasi Maritim Antarabangsa (IMO) 9398450, berlayar menggunakan bendera negara Afrika, Liberia.

Penemuan ini dijangka menimbulkan persoalan sama ada pihak berkuasa Malaysia gagal menguatkuasakan larangan secara serta-merta dan kekal seperti yang diumumkan oleh Anwar pada Disember 2023.
Larangan tersebut sebelum ini menyaksikan 4,000 kontena kargo transit yang dimiliki oleh syarikat perkapalan berpangkalan di Israel, ZIM, dilaporkan terkandas di Pelabuhan Klang.

Kecoh dakwaan kapal kargo milik Israel berlabuh di Pelabuhan Klang, ini penjelasan Anthony Loke

Semalam, Anwar dilaporkan menegaskan bahawa kerajaan sama sekali tidak akan membenarkan mana-mana syarikat yang berdaftar di Israel untuk melakukan sebarang aktiviti di negara ini.

Beliau menyatakan bahawa dua syarikat yang didakwa membekalkan senjata kepada rejim Zionis, iaitu Lockheed Martin dan BAE System, tidak berdaftar di Israel seperti syarikat perkapalan ZIM.

Anwar menjelaskan bahawa kelulusan bagi syarikat ZIM diperolehi sejak tahun 2002, sebelum beliau mengambil keputusan untuk membatalkan apa-apa kapal syarikat tersebut berlabuh di perairan negara ini.

Berita terkini mengatakan bahawa terdapat dakwaan bahawa dua syarikat yang menyertai pameran Defence and Service Asia (DSA) dan NATSEC Asia 2024, iaitu Lockheed Martin dan BAE System, dikatakan merupakan pembekal senjata utama kepada rejim Zionis yang sedang melakukan genosid terhadap rakyat Palestin.

Baca Lagi:
Terpilih pelajar cemerlang di Malaysia, ini rahsia Dr Amalina raih 17A1 dalam SPM 2004
Top 5 duit syiling paling mahal dijual di Malaysia, ada yang cecah RM750,000 sekeping
Kilang peluru pertama di Malaysia hampir siap
CATEGORIES