Kilang peluru pertama di Malaysia hampir siap

Kilang peluru pertama di Malaysia hampir siap

Kilang peluru pertama di Malaysia hampir siap. KETECH Asia Sdn Bhd akan membuka kilang pembuatan peluru berautomasi tinggi pertama di Malaysia, yang akan memperkukuhkan lagi kedudukan negara dalam industri keselamatan.

Pengurus Besar Ketech Asia, Rahayu Bahaudin, menyatakan bahawa pada masa ini, kilang pembuatan peluru di Lipis, Pahang, yang meliputi kawasan seluas 100 ekar, sudah siap 90 peratus sebelum beroperasi sepenuhnya pada suku keempat tahun ini.

Beliau menjelaskan bahawa bermula awal tahun 2025, kilang tersebut dijangka akan mampu menghasilkan peluru untuk kegunaan pihak berkuasa tempatan dan juga untuk tujuan eksport ke negara-negara berpotensi.

Kilang peluru pertama di Malaysia hampir siap

“Kilang pembuatan peluru berautomasi sepenuhnya ini mampu menghasilkan 60 juta butir peluru dengan saiz sembilan milimeter (mm) dan 5.56 mm, dengan jumlah pelaburan lebih daripada RM100 juta.
“Ia juga memberi kelebihan kepada negara dalam mempunyai bekalan peluru sendiri jika berlaku situasi luar jangka.
“Pada masa ini, peluru untuk kegunaan pihak berkuasa tempatan perlu diimport sepenuhnya dari luar negara,” katanya semasa ditemui oleh BH di Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan Asia (NATSEC ASIA) 2024.

Rahayu menambah bahawa pembukaan kilang pembuatan peluru juga akan memberikan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan Lipis serta membuka ruang perkongsian teknologi dengan pengeluar dari luar negara.

Baca Lagi:
“Aku skandal dengan isteri orang, isteri aku skandal dengan suami orang, ada sebab kenapa aku tak ceraikan isteri aku selepas kantoi curang”
Majikan bunuh diri, pembantu rumah terkejut dapat warisi harta majikan bernilai hampir RM13 juta
Tergamak ibu campak anak OKU berusia 6 tahun dalam sungai yang dipenuhi buaya
CATEGORIES