Kapal kontena besar ini buat dunia rugi RM1.6 bilion sejam

Kapal kontena besar ini buat dunia rugi RM1.6 bilion sejam

Kapal kontena besar ini buat dunia rugi RM1.6 bilion sejam. Mesir dilanda ribut debu dan angin kencang mencecah sehingga 40 knot sejak Selasa lalu, menyebabkan satu daripada kapal kontena terbesar dunia tersadai di Terusan Suez akibat ribut tersebut, mengakibatkan kesesakan lalu lintas marin yang teruk.

Memetik kenyataan Pihak Berkuasa Terusan Suez (SCA) pada Rabu, kapal seberat 224,000 tan yang didaftarkan di Panama itu dalam perjalanan dari China ke Rotterdam, terkandas akibat angin kencang dan ribut debu.

Terusan Suez merupakan laluan perdagangan laut penting di dunia, membolehkan kapal berlayar antara Eropah dan Asia Selatan tanpa melalui sekitar perairan Afrika dan dapat mengurangkan jarak pelayaran antara Eropah dan India kira-kira 7,000 kilometer.

Kapal kontena besar ini buat dunia rugi RM1.6 bilion sejam

Menurut laporan jurnal berita Lloyd’s List, gangguan perjalanan itu mengakibatkan kerugian mencecah AS$400 juta (RM1.6 bilion) sejam. Tambahan pula, Lloyd’s List menganggarkan nilai barang yang dibawa oleh kapal kargo tersebut mencecah AS$9.7 bilion (RM40 bilion) sehari.
Daripada jumlah tersebut, sebanyak AS$5.1 bilion (RM2.1 bilion) dibawa oleh kapal dari timur ke barat dan AS$4.6 bilion (RM19 bilion) dibawa oleh kapal dari barat ke timur.

Kapal kontena besar ini buat dunia rugi RM1.6 bilion sejam

Kesesakan tersebut juga memaksa hampir 300 kapal kargo lain untuk menukar laluan melalui Afrika dengan perjalanan yang lebih jauh, kos yang tinggi, dan juga berbahaya. Ini turut memberi kesan kepada bekalan global yang telah meningkat semasa pandemik Covid-19.

Ketua Pegawai Eksekutif syarikat perkapalan Belanda Boskalis, Peter Berdowski, menyatakan bahawa pihaknya telah berusaha untuk mengalihkan kapal tersebut daripada sekatan, namun tempoh yang diperlukan untuk melakukannya tidak dinyatakan.

Sementara itu, usaha untuk mengapungkan semula kapal Ever Given yang tersangkut masih giat diteruskan. Terusan Suez merupakan salah satu laluan air terpenting di dunia yang menghubungkan Mediterranean dengan Laut Merah, serta menjadi laluan perkapalan utama ke Asia.

Terusan ini meliputi sepanjang 190 kilometer, sedalam 24 meter, dan lebar 205 meter, dan melayani puluhan kapal kargo besar setiap hari.

Baca Lagi:
Tak sempat nak ‘healing’ di Bukit Tunku, 2 lelaki cabut lari selepas dengar suara mengilai
Terpilih pelajar cemerlang di Malaysia, ini rahsia Dr Amalina raih 17A1 dalam SPM 2004
Senarai ikan paling mahal di Malaysia yang ramai tak tahu, ada yang berharga RM750 sekilogram
CATEGORIES