Jurutera berusia 35 tahun dedah selesa pakai lampin bayi, dah 6 tahun kahwin tapi isteri tak pernah tahu

Jurutera berusia 35 tahun dedah selesa pakai lampin bayi, dah 6 tahun kahwin tapi isteri tak pernah tahu

Jurutera berusia 35 tahun dedah selesa pakai lampin bayi, dah 6 tahun kahwin tapi isteri tak pernah tahu. Pengamal gaya hidup Bayi Dewasa Pengasuh Lampin (ABDL) atau sindrom bayi dewasa sukar difahami oleh masyarakat.

Berdasarkan laporan Harian Metro, golongan ini menjalani gaya hidup seperti orang dewasa tetapi mempunyai keinginan untuk menjadi bayi dan memiliki peralatan bayi di rumah.

Menurut Adam, 35 tahun, bukan nama sebenar, dia mengakui bahawa dirinya mempunyai sindrom tersebut dan keinginan untuk menjadi bayi bermula sejak usia 13 tahun.

Jurutera berusia 35 tahun dedah selesa pakai lampin bayi, dah 6 tahun kahwin tapi isteri tak pernah tahu

“Satu hari, saya merasakan ingin mencuba memakai lampin adik, ketika itu saya masih kecil. Saya mengambil lampin adik secara senyap-senyap, mencuba memakainya dan ia muat. Pada masa itu, saya merasakan keselesaan yang luar biasa,” katanya.
“Sejak itu, saya terus memakai lampin (bayi), ibu bapa tidak pernah mengetahuinya. Bagi saya, memakai lampin membuatkan saya berasa sangat selesa dan tenteram. Apa yang ada dalam naluri saya hanyalah keinginan untuk memakai lampin.”

Adam, yang juga seorang jurutera, menyatakan bahawa terdapat komuniti yang memiliki keinginan yang sama seperti dirinya.

“Malah, segala kelengkapan bayi dewasa juga dijual di platform komuniti tersebut. Dengan perkembangan terkini, saya berjumpa dengan kumpulan yang mempunyai naluri yang serupa dengan saya.”

“Sebahagian dari mereka hanya suka memakai lampin manakala yang lain mempunyai keinginan untuk diperlakukan seperti bayi. Terdapat juga yang menyukai kedua-duanya.”

“Selepas 6 tahun berkahwin, isteri saya tidak mengetahuinya.”

Sementara itu, Adam mendedahkan sisi pelik tersebut tidak diketahui isteri meskipun sudah enam tahun mendirikan rumah tangga.

Walaupun enam tahun mendirikan rumah tangga dan dikurniakan seorang cahaya mata, sisi pelik ini tidak diketahui isteri.

Saya tak pakai lampin depan isteri atau keluarga. Namun saya memakai lampin ketika bekerja atau berada di luar rumah. Contohnya, tiap kali saya pergi gimnasium, mendaki atau di mana-mana sahaja, kalau ada peluang saya pakai.

Sementara itu, pakar klinikal kanak-kanak, Dr Noor Aishah Rosli berkata, ABDL lebih kepada gaya hidup individu yang disebabkan kurang kasih sayang, ketidakseimbangan emosi dan tidak tahu menyalurkan emosi dengan betul.

ABDL lebih kepada gaya hidup masyarakat tertentu melayani perasaan mereka. Saya ingin tegaskan ABDL bukan masalah perubatan atau psikologi secara khusus tetapi gaya hidup sesuatu masyarakat itu.

Namun begitu, gaya hidup ini termasuk elemen psikologi yang membabitkan emosi, tingkah laku orang dewasa tidak wajar.

Katanya, pengamal ABDL ini kebanyakannya berlaku dalam kalangan lelaki dewasa.

Baca Lagi:
Keluarga bernazar di Tanah Suci Makkah, budak 7 tahun selamat jadi tunangan orang
“Ni sudu ke kulit kaki?”
TikToker kongsi kisah seram lalu highway WCE ketika balik raya, kereta dipenuhi dengan rambut Pontianak
CATEGORIES