“Kalau dengan anak, elakkan buat bunyi ‘shushh, shushh’ ketika dodoi anak” – Wanita kongsi kisah seram ketika dodoi anak tidur. Pertembungan antara dunia manusia dan alam ghaib seringkali mencipta misteri dan banyak persoalan yang belum terjawab.
Beberapa faktor boleh menyebabkan gangguan seperti itu, termasuklah tempat yang kotor, amalan khurafat, sejarah hitam, dan individu yang lemah semangat seperti kanak-kanak.
Melalui satu cuitan yang viral di laman X, seorang wanita berkongsi pengalaman seram di rumahnya yang berlaku ketika dia sedang menghantar anak kecilnya untuk tidur.
Menurutnya, dia terkejut apabila mendengar suara aneh yang sepadan dengan rentak suaranya, walaupun ketika itu dia berada seorang diri di rumah.
“Dahsyatnya hari ini. Kejadian ini berlaku begini, anak saya menangis dan saya seperti biasa menenangkan dia dengan menyuruh diam.
“Tiba-tiba, selepas saya berhenti, saya dengar seseorang dari belakang saya meneruskan ‘shushh, shushh’. Ketika itu, saya seorang diri di rumah.”
“Wanita tersebut menyatakan, ‘Aku terus meremang dan mengambil minyak bidara untuk disapu pada anakku. Mungkin kerana ‘benda’ itulah anakku menangis secara mengejut,”.
Dia turut berkongsi bahawa dia merasakan rumahnya menjadi pusat perhatian makhluk halus sejak dia mula memiliki cahaya mata.
“Ini bukanlah pertama kalinya, sebelum ini juga ada gangguan yang berlaku. Semuanya bermula sejak aku mendapat bayi. Bayangkan mainan yang ada rakaman itu tiba-tiba boleh berbunyi sendiri, padahal anakku sedang tidur.”
“Aku redha je la, nak pindah rumah tak mampu. Cuma tak sangka rumah aku boleh banyak aktiviti paranormal ni. Aku beranggapan mungkin benda ni suka main dengan bayi.
“Mata kanak-kanak pun macam terbuka dan boleh nampak benda-benda ni,” kata wanita itu menutup bicara.
Menjelajah ruangan komentar, warga maya berkongsi petua dan pengalaman mereka dalam hal mistik.”
“Kalau dengan anak, elakkan bunyi ‘shushh, shushh’ untuk dodoi sebab waktu saya pergi perubatan Islam Darussyifa, mereka sebut yang benda ni suka ikut bunyi macam tu. Lebih baik dodoi guna zikir atau selawat.
“Sama, anak saya pun suka bunyi ‘shushh, shushh’ untuk tidur tapi saya berhenti buat begitu, selepas saya nampak ada lembaga putih duduk menghadap anak waktu malam. Seram!
“Tentang mainan tu betul, setiap malam sebelum tidur saya dan suami kena buang bateri dalam semua mainan anak, kalau tak ‘benda’ tu akan datang main. Pelik sungguh perangai ‘mereka’ ni.
“Saya nasihatkan setiap kali masuk Maghrib, sapu minyak kasturi kijang dekat anak sambil baca Bismillah sebanyak lima kali. Sapu untuk diri sendiri dan juga anak, InsyaAllah tiada gangguan,” kata sebahagian pelayar memberikan pesanan.”