TikToker kongsi kisah seram lalu highway WCE ketika balik raya, kereta dipenuhi dengan rambut Pontianak

TikToker kongsi kisah seram lalu highway WCE ketika balik raya, kereta dipenuhi dengan rambut Pontianak

TikToker kongsi kisah seram lalu highway WCE ketika balik raya, kereta dipenuhi dengan rambut Pontianak. Adakah anda pernah mengalami pengalaman menakutkan semasa berkenderaan di lebuh raya semasa musim perayaan yang baru-baru ini berlalu?

TikToker terkenal, Adam Eji, baru-baru ini berkongsi kisah yang diterima daripada salah seorang pengikutnya mengenai pengalaman menakutkan semasa menggunakan Lebuhraya West Coast Expressway (WCE) ketika pulang dari kampung.

Menurut Adam, wanita itu menyatakan bahawa punca pengalaman menakutkan itu berlaku adalah kerana sikap adiknya yang bermulut celupar semasa mereka melalui lebuh raya tersebut.

TikToker kongsi kisah seram lalu highway WCE ketika balik raya, kereta dipenuhi dengan rambut Pontianak

Kisah itu bermula dengan wanita itu menceritakan situasi di mana dia bersama adiknya dan seekor kucing pulang dari beraya di kampung.

Semasa melalui lebuh raya pada waktu malam, adiknya secara tidak sengaja telah mengeluarkan kata-kata yang agak celupar.

“Kalau jalan gelap di WCE, malam ni tiba-tiba pocong lalu, hantu lalu, Maya Karin lalu, dan kereta berhenti…”

Pada saat itu, wanita mula berasa tidak selesa dengan kata-kata yang keluar dari mulut adiknya tentang hal tersebut.

Situasi menjadi semakin seram apabila tiba-tiba jalan raya menjadi gelap dan kucing mereka yang berada di belakang mula mengeluarkan bunyi aneh atau ‘hissing’.

Kereta terhentak dengan kuat, adik bertukar sikap menjadi senyap.
Secara tiba-tiba, kereta adik-beradik ini terhentak dengan kuat dan membuatkan mereka terkejut sehingga pemanduan kenderaan tersebut sedikit bergoyang.

Si kakak yang masih memandu kenderaan itu tiba-tiba merasakan sesuatu yang aneh menyentuh lehernya sehingga dia merasa tidak selesa.

Pada masa yang sama, adiknya cuba meletakkan kucing dalam sangkar kecil yang mereka bawa.

“Adiknya meletakkan kucing, tiba-tiba kucing yang sedang mendesis itu diam. Adiknya menukar kedudukan duduknya, dan dia terus senyap tanpa berkata apa-apa. Dia hanya membisu,” katanya.

Si kakak sepanjang perjalanan merasakan ada yang tidak kena dengan situasi itu kerana adiknya dan kucing mereka berdiam diri tanpa sebab.

Sementara dia sedang memandang adiknya, dia tiba-tiba melihat ke hadapan dan melihat pocong di tengah jalan.

“Dia sempat mengelak pocong itu, keretanya hampir terbabas tetapi dia berjaya mengawalnya. Tetapi pada masa yang sama, adiknya tidak mengeluarkan sebarang bunyi. Dia tidak berteriak dan kucing itu juga berdiam diri. Ada yang tidak kena,” katanya.

Selepas 4 jam setengah perjalanan, mereka akhirnya tiba di rumah dan adiknya menceritakan apa yang berlaku sehingga membuatkan dia terdiam di dalam kereta.

Ketika adiknya cuba meletakkan kucing dalam sangkar kecil, di seat belakang kereta kakaknya, dia melihat seorang pontianak sedang duduk dengan tenang dengan rambut panjang yang berkibar-kibar. Rambutnya meliputi sepenuhnya leher kakaknya.

“Rambut pontianak itu sangat panjang dan mengembang sehingga memenuhi seluruh kereta. Hanya adiknya sahaja yang melihat,” katanya.

Video tersebut menerima pelbagai komen daripada netizen yang berkongsi pengalaman yang hampir serupa.

Bagaimanapun, berhati-hatilah di jalan raya dan pastikan untuk membaca ayat pendinding jika merasa seram ketika memandu di waktu malam. Jika anda mempunyai cerita seram yang menarik, sila kongsikan dengan kami ya?

@adameji7 Balik raya pun kena kacau hantu ek. 🙂‍↔️ Kerepek pedas basah sedap gila by @mk berkat kerepek @Mk_Berkat Enterprise . Lebih 15 tahun makan kerepek ni tak pernah jemu ya 🤩 #ceritahantu #kisahseram #adameji7 #africanmalaysian #fyp #fypdongggg #Raya2024 #Ramadan2024 #mkberkat #wcehighway ♬ original sound – Adam Eji

Baca Lagi:
“Sebijik macam negara India dah Malaysia ni”- Warga asing selamba jual makanan tepi jalan ceduk makanan guna tangan
Menakutkan! Langit bertukar warna hijau selepas banjir besar di Dubai
Setiap kali aku balik pasar, jiran sebelah selalu jeling tengok aku, rupanya dia ada ‘main’ dengan laki aku
CATEGORIES