Buat hantaran ancam Agong, pekebun kelapa sawit didenda RM12,000

Buat hantaran ancam Agong, pekebun kelapa sawit didenda RM12,000

Buat hantaran ancam Agong, pekebun kelapa sawit didenda RM12,000. Mahkamah Sesyen di sini hari ini telah mengenakan denda sebanyak RM12,000 kepada seorang pekebun kelapa sawit kerana membuat hantaran komunikasi yang bersifat mengancam terhadap Yang di-Pertuan Agong (YDPA) di laman Facebook miliknya pada bulan Ogos tahun lepas.

Hakim Siti Aminah Ghazali memutuskan hukuman tersebut terhadap Samsuri Ramli, 45 tahun, yang merupakan Orang Kena Saman (OKS), selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan tersebut.

Mahkamah juga memerintahkan tertuduh dipenjara selama enam bulan jika gagal membayar denda tersebut. Samsuri telah membayar denda tersebut.

Buat hantaran ancam Agong, pekebun kelapa sawit didenda RM12,000

Samsuri dituduh kerana membuat dan menghantar komunikasi yang mengancam dalam bentuk gambar visual bertulis ‘PN BEST AMARAN ANAK MUDA KEPADA YDPA, TURUNKAN ANWAR (Datuk Seri Anwar Ibrahim) ATAU KAMI TURUNKAN AGONG!’, menggunakan profil Facebook ‘SamBanjar Perak’ dengan niat untuk menyakiti hati orang lain, pada 5.33 petang, 13 Ogos tahun lepas.

Hantaran tersebut kemudian dilihat di sebuah unit kondominium di Jalan Tong Shin, Bukit Bintang di sini pada 9 malam, hari yang sama.

Pertuduhan tersebut di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta yang sama, yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara hingga setahun atau kedua-duanya dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan.

Sebelum ini, Timbalan Pendakwa Raya, Nurilya Ellyn Nor Azmal memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat untuk tidak mengambil ringan dalam menggunakan media sosial.

“Merujuk kepada pertuduhan yang dikenakan terhadap OKS, ia jelas merupakan ancaman kepada Yang di-Pertuan Agong. Tindakan OKS tidak mencerminkan kesetiaan dan kehormatan kepada raja,” katanya.

Bagaimanapun, Samsuri, yang tidak diwakili oleh seorang peguam, telah merayu untuk hukuman yang lebih ringan dengan alasan bahawa dia menanggung empat anak yang masih bersekolah serta mempunyai seorang isteri selain dari menjaga ibunya.

“Saya mengaku bersalah. Saya anak peneroka dan bekerja di Felda, saya tidak mempunyai pendapatan tetap. Mohon mahkamah pertimbangkan rayuan saya,” katanya.

Baca Lagi:
Semua ahli keluarga mentua pulaukan aku, punca masa salam aku tak senyum
Jurutera berusia 35 tahun dedah selesa pakai lampin bayi, dah 6 tahun kahwin tapi isteri tak pernah tahu
Dah tak ada WhatsApp di iPhone lepas ini?, China arahkan Apple keluarkan apps WhatsApp dan Threads daripada App Store
CATEGORIES