Keluarga bernazar di Tanah Suci Makkah, budak 7 tahun selamat jadi tunangan orang

Keluarga bernazar di Tanah Suci Makkah, budak 7 tahun selamat jadi tunangan orang

Keluarga bernazar di Tanah Suci Makkah, budak 7 tahun selamat jadi tunangan orang. Baru-baru ini, berita viral di media sosial mengenai seorang kanak-kanak perempuan yang dipercayai telah ditunangkan.

Hanya berusia 7 tahun dan sudah dijodohkan

Melalui video viral tersebut, kanak-kanak perempuan yang mengenakan pakaian berwarna hijau hanya diam dan bersalaman dengan para tetamu semasa majlis pertunangan berlangsung di Desa Banjar Tabuluh, Kecamatan Camplong, Madura, Jawa Timur.

Keluarga bernazar di Tanah Suci Makkah, budak 7 tahun selamat jadi tunangan orang

Difahami, kanak-kanak perempuan tersebut bukan berusia 4 tahun seperti yang didakwa, sebaliknya berusia 7 tahun, dan pertunangan tersebut berlaku selepas kedua-dua keluarga berjanji ketika berada di Tanah Suci, Makkah.
Pertunangan itu awalnya hanya diadakan di kalangan keluarga, tetapi nenek kanak-kanak lelaki itu meminta agar majlis tersebut diadakan secara besar-besaran dengan mengundang lebih ramai tetamu.

Kerana ia merupakan janji yang perlu dipenuhi, kedua-dua keluarga bersetuju untuk mengadakan pertunangan sebagai ikatan keluarga agar tidak terputus.

Sementara itu, ibu kanak-kanak perempuan, Haja Zainab, menegaskan bahawa majlis pertunangan tersebut tidak bertujuan untuk mempercepatkan perkahwinan anaknya. Sebaliknya, kedua-dua keluarga telah bersetuju untuk menikahkan mereka apabila mereka telah bersedia kelak.

@ahmadsyahierzaien Kelihatannya bahagia banget adek ini, ya mungkin karena gak faham apa itu tunangan.. Tapi saya respected kepada kedua keluarga.. Semoga ditakdirkan berjodoh dunia akhirat.. #pulau_madura ♬ suara asli – أحمد شهير زين مكة

Baca Lagi:
Wanita tergelincir ketika cat kubur, sekelip mata muka bertukar jadi putih separuh, netizen minta maaf sebab tergelak
TikToker kongsi kisah seram lalu highway WCE ketika balik raya, kereta dipenuhi dengan rambut Pontianak
Punca stesen minyak sesak, suami isi minyak, isteri shopping dalam kedai
CATEGORIES