“Ni sudu ke kulit kaki?”. Baru-baru ini, gambar sudu telah menarik perhatian ramai netizen kerana dalam gambar yang dikongsikan di Facebook, sudu tersebut terlihat buruk dengan warna gelap dan merekah.
Yang menarik perhatian adalah sudu tersebut didakwa disediakan oleh sebuah kedai makan yang namanya tidak diketahui kepada pelanggan yang membeli makanan di premis tersebut.
Gambar sudu tersebut telah dikongsikan oleh seorang individu yang dikenali sebagai Shafiq Samad dalam kumpulan Facebook Warga Machang. Sehingga kini, gambar sudu ‘merekah’ itu telah menerima hampir 2 ribu komen daripada netizen.
Individu tersebut telah memuat naik gambar berkenaan berserta kapsyen ‘Sudu ko kulit kaki’ (Sudu ke kulit kaki) kerana keadaan sudu tersebut yang kelihatan rosak dan tidak sesuai untuk digunakan oleh pelanggan kedai makan.
Secara keseluruhan, kebanyakan warganet terkejut dengan keadaan sudu tersebut kerana ramai yang berpendapat pemilik kedai makan seharusnya menukar sudu atau garpu kepada set kutleri yang baru apabila sudu atau garpu yang digunakan sudah rosak atau buruk.
Ni sudu zaman nabi ke ni? pic.twitter.com/vbiQVF3WEi
— ian (@lANZAlNAL) April 19, 2024
Dalam ruangan komen, terdapat juga warganet yang memberi nasihat kepada pemilik kedai makan untuk menukar kerusi makan bayi yang telah kotor atau rosak dengan yang baru.
Jika tidak digantikan dengan yang baru, setidaknya ia perlu dibersihkan secara berkala kerana kerusi yang kotor boleh menyebabkan anak-anak kecil pelanggan yang duduk di situ jatuh sakit.