Semua ahli keluarga mentua pulaukan aku, punca masa salam aku tak senyum

Semua ahli keluarga mentua pulaukan aku, punca masa salam aku tak senyum

Semua ahli keluarga mentua pulaukan aku, punca masa salam aku tak senyum. #Foto sekadar hiasan.  Hi. Saya seorang wanita, isteri berumur 28 tahun, suami saya pula 31 tahun. Kitorang di ambang perceraian, puncanya banyak. Suami saya liat bagi nafkah untuk saya dan anak. Untuk pengetahuan pembaca, dia kerja offshore. Lagi satu, keluarganya tak ngam dengan saya.

Nak jadikan cerita, adik ipar saya, perempuan berumur 29 tahun, tak boleh move on saya kahwin dengan abangnya. Dia dan suami saya sangat rapat sebelum ini. Malah adik bongsu mereka yang lelaki pun terasa bahawa abangnya ini tidak rapat dengannya, selalu dengan kakaknya sahaja.

Sebelum kahwin, banyak kali dia tunjuk tidak suka dan selalu tarik muka kalau depan saya. Pernah sekali tu, dia cakap saya tidak salam dia, dia dah hulur tangan dekat saya. Saya mengaku salah saya tidak salam dia tapi saya betul-betul tak perasan tentang itu dan tidak nampak pun dia hulur tangan.

Semua ahli keluarga mentua pulaukan aku, punca masa salam aku tak senyum

Saya selalu terfikir kenapa saya nak buat tak tahu je dia hulur tangan sebab saya tak pernah ada masalah dengan dia. Sebelum itu, saya pernah je pergi open house rumah mertua, tapi tidak ada siapa pun layan saya, mereka biarkan saya duduk sendirian dan berkawan dengan kanak-kanak.

Sedangkan suami seronok borak-borak dengan saudara yang lain. Saya diam dan tak cakap pape pun tentang itu. Saya dah boleh agak dia tidak suka saya tapi kita ni nak ambil hati bakal keluarga mertua. Tapi itulah, dia selalu bagi alasan saya tidak bersalaman dengan dia.

Lepas dah kahwin, tetap sama. Kadang-kadang saya pergi rumah mertua sendirian dengan anak kecil, dia terus lari naik atas tak turun sampai ke sudah. Beberapa kali dah jadi macam ni, saya cuba nak berbaik tapi tak ada peluang sebab dia selalu lari dari saya.

Lagi memburukkan keadaan, mak mertua dan ayah mertua buat tak tahu je tentang ini. Katanya hal kecil je. Mungkin ya la kot, ni hal kecil tapi kalau satu family tak suka saya sebab salam-salam tu saya jadi keliru. Masih dikira hal kecil? Sedangkan mereka perasan adik ipar saya tu tidak suka saya.
Setiap kali ada adik ipar tu semua akan jadi awkward dan tak bercakap sangat walaupun waktu tu ada majlis harijadi mertua. Jadi janggal dan pelik. Adik ipar saya tu the only girl in family dan single. Saya tak tahu kenapa sampai whole family tak ngam dengan saya sebab dia tidak suka saya.

Saya dah bagi macam-macam, pelbagai usaha nak ambil hati dia dan keluarga mertua, tetap sama. Setiap kali bincang tentang ini, dia selalu cakap nak saya tunjuk kesungguhan untuk diterima dalam family dia. Saya dah buat macam-macam dah, saya banyak kali datang tolong masak untuk makan-makan kat rumah mertua walaupun dari sebelum kahwin lagi.

Kalau saya tak datang, mak mertua akan call banyak kali suruh datang tolong masak sedangkan saya dah bagitau saya kena kerja hujung minggu. Bila saya datang, saya selalu kena ignore dan bawak diri kat bucu rumah makan sendiri lepas dah berlemuih tolong masak dan kemas kat dapur.

Akhirnya saya nekad untuk bincang hal ni dengan keluarga mertua, masa tu semua marah dan salahkan saya pasal tidak salam adik ipar saya. Pasal kejadian yang dah lama tu. Dorang juga marah pasal saya tidak cakap terima kasih pada mereka lepas majlis kahwin kami.

Saya pun keliru masa itu, semasa majlis perkahwinan kami menggabungkan majlis dua belah pihak, nikah dan sanding di hari yang sama. Saya tidak sempat fikir untuk melakukan segala perkara kerana saya bertanggungjawab untuk semua urusan majlis kami kerana suami saya berada di luar negara.

Jadi saya terlepas mengucapkan terima kasih kepada keluarga mertua selepas majlis tersebut. Tetapi kakak saya membantu mewakili saya untuk mengucapkan terima kasih kepada mereka. Ayahnya pula marah-marah dan mengatakan dia berasa benci, dia berasa marah melihat muka saya.

Dia marah saya kerana saya tidak senyum ketika bersalaman dengannya apabila dia datang ke rumah. Tambahan pula, pada masa itu, anak saya baru dibenarkan keluar dari unit rawatan rapi disebabkan pneumonia. Saya menjaganya seorang diri kerana suami saya tidak ada. Saya penat dan tekanan.

Tambah pula pada masa itu, suami saya melakukan perkara yang tidak senonoh dengan meminjamkan wang kepada wanita lain tanpa memberitahu saya terlebih dahulu. Apabila saya mendapat tahu dan dia masih tidak mengaku. Jadi, emosi saya tidak stabil pada masa itu. Itu sebabnya ayahnya marah dan membenci saya.

Sekarang saya sudah lelah dengan keluarga mertua dan suami. Banyak perkara yang saya rasa terluka dan disimpan di dalam hati. Apabila saya luahkan, dia tidak pernah ambil berat dan selalu mengatakan sudahlah. Saya tertekan dengan kerja dan menjaga anak seorang diri. Saya tidak mempunyai sistem sokongan.

Suami saya juga enggan memberi nafkah, baju raya saya beli sendiri sejak dari perkahwinan kami. Kebanyakan belanjaan saya gunakan wang saya sendiri. Kadang-kadang saya juga menggunakan gaji saya untuk belanjaan rumahtangga dan makanan untuk anak saya.

Setiap kali saya meminta bantuan daripadanya, dia selalu membuat muka dan menyampah kepada saya. Alasannya, dia tidak mempunyai wang untuk memberi kepada saya. Saya sering meminta nafkah daripadanya, akhirnya kami sering bertengkar tentang hal itu.

Saya dibesarkan dalam keluarga yang terpisah, saya fikir keluarga mertua akan menerima saya sebagai sebahagian daripada keluarga mereka juga tetapi tidak. Suami saya pula sentiasa memikirkan dirinya sendiri dan tidak mengambil berat tentang saya. Apabila keluarga dia marah dan mengatakan perkara-perkara yang buruk kepada saya, dia hanya diam sahaja di sisi.

Saya sedih apabila keluarga dia memperlakukan saya begini dan suami saya tidak kelihatan untuk membela atau melindungi saya. Saya seorang yang harus menghadapi serangan daripada keluarganya sendirian. Doakan agar saya kuat dan dapat membesarkan anak saya dengan gembira dan sempurna. Saya berharap ini adalah jalan terbaik bagi saya untuk terus bahagia dan menjadi ibu yang lebih baik untuk anak saya, terima kasih. – Tun Teja (Bukan nama sebenar)

Komen warganet:

Salina Gunawi: Anda sudah mempunyai anak, jadi fokuslah untuk membesarkan anak. Suami boleh diganti jadi buatlah keputusan yang bijak. Terpulang kepada anda jika masih ingin menyimpan suami yang tidak berguna itu. Kehidupan berkeluarga memerlukan komitmen bukan hubungan ‘touch and go’. Fikir-fikirkanlah.

Sherry Na: Perangai biasa lelaki yang menjadi suami zaman sekarang. Kikis dalam memberi nafkah. Bawa perangai ketika bujang ke dalam rumah tangga. Tiada sifat kasih dan empati terhadap isteri. Perkahwinan sebab apa pun tidak diketahui. Contoh suami yang tidak berkualiti. Sangat ramai sekarang ini. Wanita sekarang perlu bijak memilih suami. Kadang-kadang lebih baik menjadi bujang daripada terjebak dengan suami berperangai seperti ini.

Baca Lagi:
“Ni sudu ke kulit kaki?”
Keluarga bernazar di Tanah Suci Makkah, budak 7 tahun selamat jadi tunangan orang
Wanita tergelincir ketika cat kubur, sekelip mata muka bertukar jadi putih separuh, netizen minta maaf sebab tergelak
CATEGORIES