Cuaca terlalu panas, penduduk kampung arak patung Doraemon sebagai ritual minta hujan

Photo of author

By Joe

Cuaca terlalu panas, penduduk kampung arak patung Doraemon sebagai ritual minta hujan. Penduduk kampung di Thailand sedang melakukan upacara mengarak patung kucing Doraemon yang terkenal dari siri manga Jepun sebagai bagian dari ritual kepercayaan mereka untuk memohon hujan selepas kemarau yang berpanjangan selama berbulan-bulan.

Thailand sedang menghadapi gelombang panas yang sangat tinggi dengan suhu mencapai 41 darjah Celsius yang juga telah menyebabkan kerosakan kepada landasan kereta api.

Upacara ritual tersebut berlangsung di Daerah Phayuha Khiri, Wilayah Nakhon Sawan, di mana penduduk kampung mengarak patung Doraemon yang diletakkan di dalam sebuah sangkar sambil memercikkan air ke atasnya.

Cuaca terlalu panas, penduduk kampung arak patung Doraemon sebagai ritual minta hujan

Penggunaan patung Doraemon sebagai ganti kepada kaedah ritual lama yang dikenali sebagai ‘Hae Nang Meaw’, di mana kucing betina diarak untuk memohon hujan menurut kepercayaan masyarakat, kini semakin biasa.

Secara umum, kebanyakan penduduk kampung kini tidak lagi menggunakan kucing sebenar dalam ritual ini. Sebaliknya, mereka menggantikannya dengan patung Doraemon atau Hello Kitty.

Sementara itu, keadaan cuaca panas yang terik dengan suhu mencecah 41 darjah Celsius turut menyebabkan kerosakan kepada landasan kereta api di Wilayah Nakhon Si Thammarat.

Akibatnya, pekerja terpaksa menyembur air ke atas landasan tersebut dalam usaha untuk mengembalikan keadaannya.

Menurut Kereta Api Negara Thailand, ‘haba ekstrem’ telah menyebabkan landasan antara Ron Phibun dengan Khao Chum Thong melengkung pada 30 April yang lalu.

“Pihak berkuasa menggunakan air dan ais untuk menyejukkan landasan tersebut,” kata jurucakap dalam satu kenyataan.

Beliau juga menyatakan bahawa landasan tersebut boleh digunakan semula selepas disiram air selama satu jam.

Timbalan Gabenor Kereta Api Negara Thailand, Jaray Rungthani, menyatakan bahawa jurutera akan terus memantau dengan teliti suhu cuaca beberapa hari akan datang yang dijangka tetap tinggi.

“Semua pengurus stesen kereta api akan membantu penumpang, dan kami bersedia untuk menangani situasi gelombang haba berdasarkan ramalan cuaca,” katanya.

Baca Lagi:
Semenjak Anwar Ibrahim jadi PM, negara Malaysia duduki tempat ke-25 negara yang paling banyak billionair di dunia tahun 2024
Sebuah perkampungan lama yang hilang berusia 300 tahun tiba-tiba muncul kembali
“Aku mula perasan perangai ayah pelik selalu kunci pintu, rupanya ayah aku yang umur 70 tahun curang dengan adik mak aku sendiri”