“Kalau terlepas kedai makan pertama, jangan berhenti kedai kedua pula” – Kedai batu nisan dihias macam restoran raih perhatian ramai. Baru-baru ini, sebuah video viral di laman aplikasi X yang memaparkan sebuah kedai yang dihias persis seperti restoran telah menjadi perbualan hangat di kalangan pengguna.
Video tersebut dikongsi oleh seorang individu yang dikenali sebagai @bckupacc99, yang menunjukkan seorang gadis sedang memandu di kawasan Jengka, Pahang.
Apa yang mengejutkan ramai adalah amaran yang diberikan oleh gadis tersebut kepada orang ramai untuk tidak berhenti sekiranya mereka melihat kedai yang dihias meriah seperti restoran ini.
Ternyata, kedai tersebut sebenarnya adalah sebuah kedai batu nisan dan bukan sebuah restoran seperti yang ramai sangka. Walau bagaimanapun, kejadian ini menimbulkan tanda tanya mengenai sebab mengapa kedai tersebut dihias sama seperti sebuah restoran.
“Siapa yang tahu lokasi ini di kawasan Jengka? Jika anda terlepas kedai makan pertama, janganlah berhenti di kedai kedua kerana ia sebenarnya adalah tempat kedai batu nisan,” katanya.
Siapa tahu tempat ni area jengka ?
if terlepas kedai makan pertama jangan berhenti kedai kedua pulak itu tempat kedai batu nisan, kepuk 😁 pic.twitter.com/dmQjxkBk0K
— ًِ (@bckupacc99) May 1, 2024
Di sisi lain, pengguna internet di laman X juga memberikan respon mereka masing-masing mengenai video tersebut.
Agak-agaknya kenapa owner kedai batu nisan tu hias kedai dia macam restoran ya?