Dah ramai yang raih pendapatan RM15,000 sebulan, ini cara mohon berniaga mesin layan diri bawah IPR

Photo of author

By Joe

Dah ramai yang raih pendapatan RM15,000 sebulan, ini cara mohon berniaga mesin layan diri bawah IPR. Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) merupakan usaha Kementerian Ekonomi dalam membanteras kemiskinan tegar yang telah dilaksanakan sejak tahun 2023.

Menurut Bernama, peruntukan sebanyak RM750 juta telah diperuntukkan kepada Kementerian Ekonomi tahun lalu untuk program IPR dengan matlamat membantu kira-kira 130,000 golongan termiskin.

Dalam tempoh pemantauan 24 bulan, peserta dijangka mampu meraih pendapatan antara RM2,000 hingga RM2,500 sebulan.

Dah ramai yang raih pendapatan RM15,000 sebulan, ini cara mohon berniaga mesin layan diri bawah IPR

Selepas tempoh tersebut, diharapkan peserta dapat menjana pendapatan sendiri melalui keuntungan yang diperolehi.
Salah satu program di bawah IPR melalui kategori Usahawan Makanan (INSAN) adalah memberi peluang berniaga menerusi mesin layan diri.
Inisiatif ini terbukti berjaya membantu golongan sasar sehingga ada yang mampu meraih pendapatan bulanan sehingga RM15,000.

Menurut portal rasmi IPR, usaha ini dimulakan untuk mencapai objektif dua mata iaitu menambah pendapatan keluarga miskin tegar dan B40 serta menyelesaikan masalah ekonomi harian melalui inisiatif-inisiatif IPR.

Selain itu, usaha ini juga bertujuan membasmi kemiskinan dan menambah pendapatan rakyat melalui inisiatif pertanian, perniagaan makanan, dan operator perkhidmatan.

Sementara itu, ekosistem antara pemohon, pemegang taruh, dan masyarakat setempat juga turut diwujudkan.

Terdapat tiga kategori inisiatif yang ditawarkan di bawah IPR iaitu Usahawan Tani, Usahawan Makanan, dan Operator Perkhidmatan.

Berikut merupakan sasaran penggerak IPR yang bertujuan untuk membantu golongan pemohon tersebut.

Inisiatif Usahawan Tani (INTAN)

  • Syarikat pertanian
  • Rantaian peruncitan makanan
  • Pengeksport
  • Agensi-agensi kerajaan berkaitan
  • Koperasi

Inisiatif Usahawan Makanan (INSAN)

  • Pengusaha mesin menjual layan diri (vending machine)
  • Syarikat-syarikat yang ingin menyediakan kemudahan makanan kepada pekerja-pekerja mereka
  • Pemilik atau pengusaha premis-premis agensi kerajaan pada peringkat Persekutuan dan Negeri
  • Institusi pendidikan seperti sekolah, kolej dan universiti yang berhasrat untuk menggunakan mesin menjual untuk menyediakan makanan kepada pelajar, staf dan pelawat
  • Stesen-stesen LRT
  • Hospital dan kemudahan kesihatan yang berhasrat untuk menggunakan mesin menjual untuk menyediakan makanan kepada pesakit, pelawat dan staf

Inisiatif Operator Perkhidmatan (IKHSAN)

Syarikat-syarikat swasta yang memerlukan pekerja-pekerja sambilan untuk tujuan pembersihan premis
Premis-premis agensi kerajaan

Syarat kelayakan memohon Inisiatif Pendapatan Rakyat

Sekiranya anda ingin memohon IPR, terdapat dua syarat yang anda perlu penuhi.

Pertama, anda mestilah berwarganegara Malaysia, manakala syarat kedua pula anda adalah daripada kumpulan sasar iaitu golongan berpendapatan B40 dan miskin tegar.

Cara permohonan dan pendaftaran Inisiatif Mesin Layan Diri

Menurut portal rasmi IPR lagi, sekiranya anda memenuhi syarat-syarat permohonan di atas, anda boleh menghantar permohonan untuk menyertai program IPR ini dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

Anda boleh melayari laman sesawang IPR secara atas talian di pautan https://ipr.epu.gov.my/sign_up.

  • Lengkapkan pendaftaran akaun terlebih dahulu.
  • Sahkan akaun anda dengan mengklik pautan yang dihantar ke emel anda.
  • Kemudian, anda perlu log masuk ke akaun yang telah didaftar.
  • Lengkapkan permohonan dengan mengisi segala butiran yang diperlukan.

Mudah sahaja. Selamat mencuba.

Baca Lagi:
PRK KKB: Calon PN ada hutang RM37,363.00 belum dibayar?
Rupanya dalam perut bumi ada planet lain terkubur sejak 4.5 bilion tahun lalu
Sebuah perkampungan lama yang hilang berusia 300 tahun tiba-tiba muncul kembali