Jangan panik jika tersalah transfer duit ke akaun orang lain, ini cara nak dapatkan balik

Photo of author

By Joe

Jangan panik jika tersalah transfer duit ke akaun orang lain, ini cara nak dapatkan balik. Adakah anda pernah membuat kesilapan dalam memindahkan wang ke akaun bank orang lain?

Salah satu kelebihan perbankan internet adalah kemudahan memindahkan wang anda kepada orang lain dengan hanya beberapa klik sahaja.

Walau bagaimanapun, kadang-kadang anda mungkin tidak menyemak nama penerima dengan teliti atau terlepas pandang nama penerima akaun sehingga anda sedar bahawa anda telah membuat kesilapan dengan memindahkan wang ke akaun bank orang lain.

Jangan panik jika tersalah transfer duit ke akaun orang lain, ini cara nak dapatkan balik

Dalam situasi sedemikian, apakah yang boleh anda lakukan? Adakah terdapat peluang untuk mendapatkan semula wang tersebut?
InsyaAllah, anda masih mempunyai peluang untuk mendapatkan semula wang yang tersilap transfer tersebut, namun pastikan anda mengikuti langkah-langkah di bawah ini dan mempunyai bukti yang kukuh untuk mendapatkan kembali wang anda.

1. Dapatkan bukti transaksi

Selepas anda membuat pemindahan wang tersebut, pastikan anda mendapatkan bukti transaksi yang sama melalui tangkapan skrin atau menyimpan fail PDF transaksi wang tersebut.

Secara ringkasnya, maklumat berikut mesti dapat dilihat dengan jelas daripada tangkapan skrin atau fail PDF yang anda simpan:

  • No akaun penerima
  • Nama penerima
  • Jumlah wang yang dipindahkan

2. Buat laporan kepada pihak polis

Tidak mudah bagi pihak bank untuk secara sewenang-wenangnya memulangkan kembali wang yang tersilap dihantar kepada anda, kerana perkara ini dianggap sebagai kes besar.

Oleh itu, segera pergi ke balai polis berdekatan untuk membuat laporan polis.

Apabila membuat laporan polis, berikan butiran-butiran seperti nama/nombor akaun penerima, jumlah wang yang dipindahkan, dan butiran tambahan seperti masa kejadian.

Dengan membuat laporan polis, pihak bank akan mengambil perkara ini dengan serius kerana adanya laporan yang dibuat.

Walau bagaimanapun sekiranya anda cuba menipu dengan membuat laporan palsu kepada pihak polis, anda boleh didakwa mengikut undang-undang kerana membuat dakwaan palsu.

3. Pergi ke cawangan bank berdekatan

Pergilah ke cawangan bank berdekatan dengan anda bersama-sama dengan laporan polis yang telah dibuat.

Jumpa dengan pegawai bank di kaunter dan nyatakan masalah anda – iaitu kesilapan dalam pemindahan duit ke akaun bank orang lain.

Kemudian, minta bantuan pegawai bank tersebut untuk mendapatkan semula wang tersebut dengan menghubungi penerima wang yang mungkin telah menerima pindahan wang tersebut secara tersilap.

4. Tunggu respon dari penerima

Apabila laporan polis telah dibuat dan pihak bank telah dimaklumkan, pihak bank perlu menghubungi pemilik akaun tersebut dan mendapatkan persetujuan mereka untuk memulangkan semula duit yang diterima daripada anda.

Proses ini akan menjadi mudah jika pihak bank berjaya menghubungi pemilik akaun dan mereka bersetuju untuk memulangkan semula duit tersebut kepada anda.

Walau bagaimanapun, jika mereka tidak dapat dihubungi atau enggan memberikan kerjasama untuk memulangkan semula duit anda, anda perlu membawa kes ini ke mahkamah untuk diselesaikan.

Sementara itu, prosedur pemulangan semula wang tersebut kepada anda juga berbeza mengikut setiap bank.

Untuk mengelakkan kesilapan dalam pemindahan wang pada masa akan datang, pastikan anda menyemak dengan teliti nama dan nombor akaun penerima sebelum memindahkan wang.

Baca Lagi:
“Hujan ikan”- Penduduk terkejut ikan jatuh dari langit masih hidup
Terpilih pelajar cemerlang di Malaysia, ini rahsia Dr Amalina raih 17A1 dalam SPM 2004
Laki bini orang ‘alim’ tak nak bayar hutang RM6,000 sebab pemiutang tak solat