Jangan keliru, ini cara kenalpasti status tanah hakmilik sementara atau hakmilik kekal

Jangan keliru, ini cara kenalpasti status tanah hakmilik sementara atau hakmilik kekal

Jangan keliru, ini cara kenalpasti status tanah hakmilik sementara atau hakmilik kekal. Tidak semua orang mempunyai pemahaman yang mendalam mengenai hakmilik tanah. Tahukah anda bahawa terdapat pelbagai jenis hakmilik tanah termasuk hakmilik sementara dan hakmilik kekal?

Oleh itu, adalah mungkin bahawa masyarakat umum masih belum memahami dengan jelas perbezaan antara dua jenis hakmilik tanah ini. Untuk menjelaskan persoalan tersebut, berikut adalah penerangan lanjut daripada seorang peguam hartanah, Tuan Salkukhairi N Sons.

APA BEZA KE HAKMILIK SEMENTARA DENGAN HAKMILIK KEKAL?

Jangan keliru, ini cara kenalpasti status tanah hakmilik sementara atau hakmilik kekal

Saya terpaksa jelaskan semula tentang perkara ini sebab ramai yang masih keliru tentang status Tanah Hakmilik Sementara ini.

Antara kekeliruan tersebut adalah seperti berikut:

1. Sama ke Hakmilik Sementara ini dengan Leasehold (Pegangan Pajakan)?

Leasehold dan hakmilik sementara adalah 2 PERKARA YANG BERBEZA. Formulanya begini:
  • Hakmilik sementara (qualified title) lawannya Hakmilik akhir (final title)
  • Pegangan bebas (freehold) lawannya Pegangan pajakan (leasehold)

Sesuatu hartanah mungkin berstatus pegangan bebas (freehold), tetapi ianya masih hakmilik sementara (qualified title). Tetapi sesuatu hartanah juga boleh jadi berstatus pegangan pajakan (leasehold) tetapi ianya telah ada hakmilik akhir (final title).

Macam mana nak kenal sama ada hartanah tersebut telah adalah hakmilik akhir atau masih hak milik sementara?

Lakukan Carian di Pejabat Tanah.

  • Jika Hakmilik Sementara : Nombor geran bermula dengan HS (M) atau HS (D)
  • Jika Hakmilik Akhir : Nombor geran bermula dengan PM atau GM atau PN atau GRN

Macam mana nak kenal sama ada hartanah tersebut berstatus pegangan bebas (freehold) atau pegangan pajakan (leasehold)?

Lakukan Carian di Pejabat Tanah.

  • Jika Pegangan Bebas : Dalam carian ditulis Taraf Pegangan “Selama-lamanya”
  • Jika Pegangan Pajakan : Dalam carian ditulis Taraf Pegangan “Pajakan 99 Tahun”

Jadi, jangan keliru tentang kedua-dua perkara tersebut.

2. Adakah tanah hakmilik sementara ini boleh dibeli? Kalau beli akan ada masalah tak dikemudian hari?

Sebenarnya, hakmilik sementara tidak bermaksud bahawa hartanah tersebut tidak boleh dijual atau dibeli. Ia hanya bermaksud bahawa tanah tersebut belum melalui proses ukuran akhir atau ukuran muktamad daripada Jabatan Ukur.

Jadi, tidak ada masalah untuk membeli hartanah yang masih mempunyai status hakmilik sementara.

Namun, bagi tanah Hakmilik Sementara ini, anda tidak boleh membuat pecah bahagian atau pecah sempadan. Jika ingin melakukannya, anda perlu menunggu sehingga mendapat hakmilik akhir (final title) terlebih dahulu.

Saya harap tiada lagi kekeliruan selepas ini. Terima kasih.

SALKUKHAIRI ABD SUKOR, Timbalan Presiden K-LITERASI

Baca Lagi:
“Hujan ikan”- Penduduk terkejut ikan jatuh dari langit masih hidup
Senarai ikan paling mahal di Malaysia yang ramai tak tahu, ada yang berharga RM750 sekilogram
Top 5 duit syiling paling mahal dijual di Malaysia, ada yang cecah RM750,000 sekeping
CATEGORIES