Dah besar orangnya, wajah anak gadis Faizal Husein raih perhatian rama. Cantiknya anak gadis Faizal Hussein dan Suhaila Sulaman ini!
Menginjak usia hampir 19 tahun pada bulan Jun tahun depan, penampilan serba boleh digayakan gadis yang bernama Fazryn ini menjadi pusat perhatian. Lagi pun, dengan kedudukannya sebagai anak selebriti. Bagi peminat seni di negara ini, bakat Faizal Hussein tidak perlu dipertikaikan lagi.
Kedisiplinan yang tinggi semasa di set penggambaran dan keupayaannya membawa watak yang diberikan dengan penuh sempurna adalah antara faktor mengapa beliau kekal relevan sehingga kini.
Yang pasti, kehebatan anak seniman Allahyarham Hussein Abu Hassan dan Allahyarhamah Mahyon Ismail di pentas lakonan tetap teguh meskipun Faizal meniti usia 57 tahun.
Sebagaimana yang biasa terjadi pada anak seni dan figura awam, tentunya kehidupan dan keluarga Faizal Hussein turut menerima tempias dari dunia glamor. Selain daripada kecantikan pasangan hidupnya, Suhaila yang dulunya juga seorang pelakon, penampilan anak-anak Faizal juga menjadi tumpuan peminat.
Melalui perkongsian Suhaila di media sosialnya, anak gadis mereka iaitu Fazryn semakin memasuki peringkat dewasa dan kelihatan menarik. Sempena Hari Raya, keluarga gembira ini merakamkan momen indah mereka dalam menyambut syawal.
Faizal dan Suhaila membina rumah tangga pada tahun 2004. Dari perkongsian hidup mereka, mereka diberkati dengan sepasang anak yang aktif dan cemerlang dalam bidang akademik.
Mereka digambarkan sebagai pasangan selebriti yang rendah hati dan saling melengkapi satu sama lain, kemesraan Faizal Hussein dan isteri sentiasa menjadi kagum peminat.
Walaupun telah bersama lebih daripada satu dekad, hubungan mereka masih segar seperti pasangan yang baru sahaja berkahwin. Mereka sentiasa mencari masa terluang untuk bersama-sama bersama anak-anak mereka.