Tak sempat nak ‘healing’ di Bukit Tunku, 2 lelaki cabut lari selepas dengar suara mengilai

Tak sempat nak ‘healing’ di Bukit Tunku, 2 lelaki cabut lari selepas dengar suara mengilai

Tak sempat nak ‘healing’ di Bukit Tunku, 2 lelaki cabut lari selepas dengar suara mengilai. Bukit Tunku dikenali sebagai salah satu kawasan perumahan mewah di Kuala Lumpur.

Selain menjadi tempat yang menarik untuk melihat pemandangan bandar raya, kawasan ini juga dikatakan memiliki aura seram.

Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok memuat naik rakaman video dashcam yang mendakwa terdapat bunyi suara seakan-akan mengilai di kawasan tersebut.

Tak sempat nak 'healing' di Bukit Tunku, 2 lelaki cabut lari selepas dengar suara mengilai

Dalam video itu, dua individu pada mulanya sedang berehat di luar kereta yang diparkir di tepi jalan di sekitar Bukit Tunku.
Ketika mereka sedang bersantai sambil minum air, tiba-tiba terdengar bunyi seolah-olah seorang wanita sedang ketawa. Dengan cepat, mereka berlari masuk ke dalam kereta dan segera meninggalkan tempat tersebut.

Berdasarkan rakaman dashcam, kejadian tersebut dipercayai berlaku sekitar jam 4 pagi pada 6 Mei yang lalu.

“Bad vibe, (suasana tak okay) jangan tanya kenapa kita pergi dari sini, jom kita keluar dulu dari sini,” kata salah seorang individu.

Perkongsian video tersebut telah mendapat pelbagai reaksi dari netizen. Kebanyakan yang pernah melawat kawasan sekitar Bukit Tunku mengaku telah mengalami pengalaman misteri.

Walau bagaimanapun, ada yang berpendapat bunyi misteri itu hanyalah hasil imaginasi sendiri yang menyebabkan empunya diri merasa cemas.

Tak sempat nak 'healing' di Bukit Tunku, 2 lelaki cabut lari selepas dengar suara mengilai

Tak sempat nak 'healing' di Bukit Tunku, 2 lelaki cabut lari selepas dengar suara mengilai

Tak sempat nak 'healing' di Bukit Tunku, 2 lelaki cabut lari selepas dengar suara mengilai

Tak sempat nak 'healing' di Bukit Tunku, 2 lelaki cabut lari selepas dengar suara mengilai

Tak sempat nak 'healing' di Bukit Tunku, 2 lelaki cabut lari selepas dengar suara mengilai

Baca Lagi:
Terpilih pelajar cemerlang di Malaysia, ini rahsia Dr Amalina raih 17A1 dalam SPM 2004
Wanita didenda RM1,000 selepas mengaku tampar dan tarik rambut wanita sebab tak bayar hutang RM300
Kilang peluru pertama di Malaysia hampir siap
CATEGORIES