9 tahun tinggal di Malaysia, warga Palestin merayu minta 1 surat dari PMX supaya boleh balik ke Gaza jumpa keluarga

9 tahun tinggal di Malaysia, warga Palestin merayu minta 1 surat dari PMX supaya boleh balik ke Gaza jumpa keluarga

9 tahun tinggal di Malaysia, warga Palestin merayu minta 1 surat dari PMX supaya boleh balik ke Gaza jumpa keluarga. eorang warga Palestin yang kini berada di Malaysia meminta bantuan daripada kerajaan untuk membantunya pulang ke kampung halamannya di Gaza, Palestin.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik di akaun media sosialnya, pemuda yang bernama Yousuf atau lebih dikenali sebagai Yousuf Anak Palestine berkata, dia mahu pulang ke tanah kelahirannya selepas lebih 10 hari gagal menghubungi ahli keluarganya.

Katanya, dua ahli keluarganya juga sudah syahid apabila kediaman mereka hancur dibedil rejim zionis baru-baru ini.

9 tahun tinggal di Malaysia, warga Palestin merayu minta 1 surat dari PMX supaya boleh balik ke Gaza jumpa keluarga

“Saya nak minta daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk tolong saya. Saya nak balik Palestin.
“Saya nak minta tolong daripada anda. Saya nak satu surat, untuk saya boleh masuk dari border Rafah.
“Saya nak masuk Gaza sebab dua orang ahli keluarga saya dah meninggal dunia syahid dan saya tak dapat contact keluarga saya,” katanya.

Difahamkan, Yousuf sudah sembilan tahun berada di Malaysia sejak tahun 2015 bagi melanjutkan pelajaran dalam bidang Farmasi.

Yousuf juga memaklumkan dalam satu wawancara, dia kini sedang bekerja di negara ini untuk mencari rezeki supaya dapat menyara keluarganya yang berada di Gaza.

“Terima kasih Malaysia, kita bersaudara. Saya bersyukur duduk di sini,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan urusan Yousuf dipermudahkan dan membuat pautan kepada akaun rasmi Perdana Menteri mengenai hasrat pemuda itu.

9 tahun tinggal di Malaysia, warga Palestin merayu minta 1 surat dari PMX supaya boleh balik ke Gaza jumpa keluarga

Semoga hasrat Yousuf dapat didengar pihak kerajaan.

Baca Lagi:
“Aku pelik nampak muka mak ‘glowing’ lain macam, rupanya mak baru lepas kena tonyoh mee dekat muka dengan ayah”
Bekas isteri AC Mizal tampil beri penjelasan punca sebenar anaknya menangis ketika majlis nikah
‘Durian kura-kura’ ditemui di Raub, Pahang
CATEGORIES