Senarai ikan paling mahal di Malaysia yang ramai tak tahu, ada yang berharga RM750 sekilogram

Senarai ikan paling mahal di Malaysia yang ramai tak tahu, ada yang berharga RM750 sekilogram

Senarai ikan paling mahal di Malaysia yang ramai tak tahu, ada yang berharga RM750 sekilogram. Malaysia terkenal dengan pelbagai jenis makanan sedap. Makanan di Malaysia boleh dikelaskan dari yang paling mahal hingga yang paling murah. Berikut adalah senarai tiga jenis ikan paling mahal di Malaysia.

Ikan Empurau

Senarai ikan paling mahal di Malaysia yang ramai tak tahu, ada yang berharga RM750 sekilogram

Ikan Empurau dijual pada harga RM750 sekilogram di Kapit, Sarawak. Ikan air tawar ini hanya boleh dijumpai di Sarawak sahaja. Ia diketahui mahal kerana dagingnya yang manis, lembut, dan kulitnya yang licin.

Ikan ini mempunyai harga yang tinggi kerana makanannya yang unik, iaitu buah-buahan seperti ‘Engkabang Fruit’ dan Ensurai. Sebelum ini, ikan ini pernah dijual di pasar ikan Kuching pada harga sehingga RM2,000 sekilogram.

Ikan Jelawat

f21d4 2

Ikan Jelawat mempunyai sifat yang sama seperti Ikan Empurau iaitu ikan ini mempunyai rasa daging yang manis serta isi ikan yang lembut. Ikan ini hanya memakan buah-buahan yang terdapat di muara sungai. Ikan ini berharga RM320 sekilogram, jadi hanya yang benar-benar mampu sahaja mampu memesan hidangan ikan ini.

Ikan Semah

83f1c 3

Ikan ini hanya memakan buah-buahan di muara-muara sungai. Bagi yang ingin memakan ikan ini, mereka perlu menyediakan wang sebanyak RM300 bagi setiap sekilogram berat ikan ini.

Sungguhpun harga ikan ini mahal tetapi amat berbaloi kerana rasa ikan ini amat manis dan terlalu lazat.

Ikan Patin Muncung

74129 4

Harga ikan Patin Muncung Sungai Pahang mendominasi senarai harga ikan air tawar di negeri tersebut apabila mencecah RM280 hingga RM300 sekilogram.
Permintaan bagi ikan Patin Muncung biasanya untuk ikan yang mempunyai berat sekitar satu hingga tiga kilogram. Bagi yang bersaiz lebih besar, harganya murah sedikit tetapi masih melebihi RM200 setiap kilogram.

Ikan Ketutu

04975 5

Setiap kali kita mendengar nama Ikan Ketutu, kita pasti cuba membayangkan bentuk fizikal dan keunikan yang dimiliki oleh ikan tersebut. Ikan Ketutu juga dikenali dengan nama saintifiknya, Marbled Goby. Di kalangan masyarakat kampung, ikan Ketutu lebih dikenali dengan panggilan haruan bodoh, ikan hantu, dan belantuk atas disebabkan bentuk fizikalnya yang berbeza daripada ikan biasa.

Harga pasaran semasa bagi ikan Ketutu yang masih hidup ialah RM100 sekilogram. Manakala harga bagi ikan Ketutu yang telah dimasak di restoran-restoran adalah RM150 sekilogram di Kota Kinabalu, Sabah.

Baca Lagi:

CATEGORIES