Baki 30 hari lagi, individu yang lesen mati 2018 ke atas boleh perbaharui tanpa jalani semula ujian

Baki 30 hari lagi, individu yang lesen mati 2018 ke atas boleh perbaharui tanpa jalani semula ujian

Baki 30 hari lagi, individu yang lesen mati 2018 ke atas boleh perbaharui tanpa jalani semula ujian. Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) yang tempoh sah lakunya telah tamat mulai 1 Januari 2018 boleh memperbaharui lesen masing-masing tanpa perlu menjalani semula ujian.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata itu antara dua inisiatif pembaharuan LMM dilaksanakan selain boleh memperbaharui lesen memandu dengan tempoh maksimum sehingga 10 tahun.

Menurutnya pada sidang media di Putrajaya hari ini, ia mengambil kira Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sepanjang pandemik Covid-19 serta kekangan dihadapi oleh rakyat Malaysia di luar negara untuk pulang ke tanah air.

Baki 30 hari lagi, individu yang lesen mati 2018 ke atas boleh perbaharui tanpa jalani semula ujian

“MOT akan memberi kebenaran khas kepada mana-mana pemegang LMM yang telah tamat tempoh sah laku untuk memperbaharui LMM masing-masing tanpa perlu menjalani semula ujian.
“Namun, kebenaran khas ini hanya terhad kepada LMM yang mana tempoh sah laku telah tamat mulai 1 Januari 2018 dan ke hadapan sahaja.
“Tempoh kebenaran khas ini hanya berkuatkuasa sehingga 31 Disember 2023 sahaja. Peraturan sedia ada akan berkuatkuasa semula pada 1 Januari 2024,” jelasnya lagi.
Baca Lagi:
Betul ke duit syiling 20 sen 1988 Parlimen berharga RM38,000 sekeping? Ini penjelasannya
Bekas isteri AC Mizal tampil beri penjelasan punca sebenar anaknya menangis ketika majlis nikah
Nampak mewah dan selesa, rupanya hotel berhantu di Melaka, wanita dedah pengalaman di tingkat 11
CATEGORIES