‘Durian kura-kura’ ditemui di Raub, Pahang

‘Durian kura-kura’ ditemui di Raub, Pahang

‘Durian kura-kura’ ditemui di Raub, Pahang. Sebelum ini, penduduk di utara Sarawak iaitu Limbang dan Miri mengenali raja buah yang dikenali ‘durian kura-kura’ atau nama saintifiknya Durio testudinarum yang mempunyai rasa dan teksturnya yang berbeza dengan durian biasa.

Bagi penduduk Kampung Sengkela dekat sini, penemuan durian kura-kura dianggap unik kerana belum pernah ditemukan sebelum ini menjadi heboh sehingga ramai pencinta buah durian dari Lembah Klang dan penduduk daerah ini datang untuk melihat lebih dekat buah itu.

Penduduk yang pertama menemui spesies unik raja buah itu, Nurul Zalikha Uzir, 28, berkata, dia pertama kali menemukan sebatang pokok durian di pinggir Kampung Sengkela ketika mula berbunga di pangkal pokok beberapa bulan lalu.

'Durian kura-kura' ditemui di Raub, Pahang

“Sejak berbunga, saya kerap berulang-alik ke pokon durian ini untuk mengetahui perkembangannya dan setelah beberapa bulan ia mula mengeluarkan putik seterusnya berbuah hampir 60 biji dalam kedudukan yang dekat pangkal pokok.
“Setelah berbuah tekstur kulitnya berduri, manakala warna buah berlainan dengan durian biasa, iaitu kelihatan (berwarna) ungu kehitaman,” katanya di Kampung Sengela, dekat sini hari ini.

Menurut Nurul Zalikha, dia belum pernah menemukan durian kura-kura dan sebelum ini tidak tahu nama spesies itu yang banyak terdapat di Sarawak.

Katanya, mulai saat itu dia menghebohkan penemuan itu kepada penduduk di situ termasuk seorang rakannya, iaitu ahli Kelab Pencinta Durian yang juga peraih buah-buahan Kampung Damak, Jerantut, Ahmad Mustapha supaya datang melihat sendiri buah itu.

“Saya tidak tahu tekstur bahagian pangsa, ulas, warna serta rasa isi buah ini kerana buah ini belum masak,” katanya.

Bagi penduduk Kampung Sengkela, Khalid Bahauddin, 59, walaupun pokok durian tersebut di pinggir kampung itu, tetapi dia sebelum ini tidak tahu yang pokok durian itu berbuah penghujung tahun ini dan muncul buah yang disifatkan agak unik kerana belum pernah melihatnya.

“Saya tidak perasan pokok durian ini berbuah dalam kedudukan rendah di pangkal pokok walaupun kadangkala berulang-alik ke dusun berdekatan mencari durian kampung sehinggalah diberitahu oleh seorang penduduk.
“Pokok ini tumbuh hampir 60 tahun lalu dan tidak tahu siapa yang menanamnya kerana sebelum ini kawasan ini merupakan hutan tebal,” katanya.

Dia berkata, durian kura-kura ini boleh dijadikan benih baharu sekiranya ada pakar yang boleh membuat cantuman tunas sebagai satu inovasi yang boleh dijadikan produk buah-buahan tempatan komersial seperti durian lain,” katanya.

Sementara itu, Ahmad berkata, dia bersama rakannya dari Kelab Pencinta Durian dan Durian Hunter telah melawat ke kawasan pokok durian kura-kura di Kampung Sengkela hari ini.

“Seorang ahli kelab ini mengesahkan spesies ini merupakan durian kura-kura yang boleh didapati di beberapa tempat di Sarawak,” katanya.

Selanjutnya, Ahmad berkata, menerusi maklumat daripada rakannya di Sarawak, keunikan durian kura-kura ialah rasa dan teksturnya yang berbeza dengan durian biasa.

“Durian ini mempunyai rasa dan identiti yang tersendiri, iaitu saiz ulasnya dan susun atur ulasnya hampir dengan buah pakan (sejenis durian di Sarawak yang isinya berwarna jingga) cuma isinya berwarna putih, manakala bijinya berwarna coklat,” katanya.

Ujarnya, spesies itu perlu diteliti dengan melihat melihat tekstur ulas dan rasa isinya adakah sesuai untuk dibuat cantuman tunas dengan durian lain dan peringkat awal bakal dijenamakan sebagai Durian Kura-kura Pahang.

Baca Lagi:
Menteri Dalam Negeri dipecat selepas lantang bersuara isu Palestin
“Satu keluarga menumpang, bila aku masak kaki ayam kicap, kakak ipar komplen cakap geli dan tak akan bagi anak dia makan bende tu”
Negara kecil je, tapi tersenarai dalam 7 keluarga diraja yang paling kaya di dunia
CATEGORIES