“Aku pelik nampak muka mak ‘glowing’ lain macam, rupanya mak baru lepas kena tonyoh mee dekat muka dengan ayah”

“Aku pelik nampak muka mak ‘glowing’ lain macam, rupanya mak baru lepas kena tonyoh mee dekat muka dengan ayah”

“Aku pelik nampak muka mak ‘glowing’ lain macam, rupanya mak baru lepas kena tonyoh mee dekat muka dengan ayah”. #Foto sekadar hiasan. Hai.. ini sambungan kisah bapak aku Dulu bapak hero aku, sekarang aku geli nak panggil ‘bapak’. Kami adik beradik panggil bapak ‘OG’ orang giIa

Aku malu dengan laman rumah yang kosong tanpa kereta. Aku malu nak jawab bila kawan – kawan aku tanya pasal bapak. Aku rasa bapak pun malu tapi bapak tebalkan muka. Bapak tahu ada anak – anak dan isteri yang perlu diisi perutnya.

Tapi itulah. Aku tak patut kata ‘kalau’ sebab aku seolah tak dapat menerima takdir tapi hanya saja perngai bapak elok, tak marah – marah, aku memang tak kisah untuk bersusah payah sama – sama dengan keluarga. Tapi dengan perangai bapak yang begitu, aku jadi tak seronok nak duduk dalam rumah.

"Aku pelik nampak muka mak 'glowing' lain macam, rupanya mak baru lepas kena tonyoh mee dekat muka dengan ayah"

Kalau dulu kami cepat – cepat nak sampai rumah sebab nak tengok siri kartun dekat tv9. Tapi sekarang, aku dan kakak cuba drag sepanjang mungkin masa supaya kami sampai lambat dekat rumah. Aku mula aktif dengan pelbagai jenis persatuan, kelab beruniform dan sukan. Sampai negeri aku pergi.

Kulit aku gelap padahal aku paling menjaga bab kulit ni. Yelah, nanti gelap tak cantiklah. Tapi waktu tu aku tak kisah. Tapi aku macam perasanlah dalam badan beruniform yang aku masuk geng – geng tu macam palau aku.

Tapi aku buat muka tak malu. Aku kawan je dengan budak tingkatan 1 & 2. Yang mana bawah aku. Betullah mereka – mereka tu mengata pasal aku dengan keluarga sebab waktu hari terakhir aku dekat sekolah tu sebelum pindah, mereka datang minta maaf dekat aku.

Perangai bapak makin aku tak faham. Kalau dulu bapak suka melenting dengan suara lantang tapi sekarang cakapnya berbisik. Baguslah berbisik, tak adalah memetir suara bapak sampai kami takut kan? Tapi aku rimas.

Bapak berbisik rapat sangat diwajah. Siap pesan lagi jangan cakap kuat – kuat, nanti orang dengar. Bapak tak pernah naik tangan dekat emak. Mulut je macam puaaka. Tapi sekarang, salah cakap sikit memang naik tangan.

Depan mata kami, bapak tampar muka emak berkali – kali non-stop. Waktu tu di dapur. Bapak tak tampar dipipi, tapi dari arah depan. Memang full muka emak dengan tapak tangan bapak. Aku tengok dengan mata membara.
Ikutkan hati, teruk aku nak kerjakan bapak. Tapi akal aku masih waras. Tak ada tanda – tanda bapak nak berhenti dan aku jerit sekuat hati. “Dahlah!” Bapak pandang aku, aku tak kenal dia. Dia ibIis. Tapi bapak berhenti kemudian.

Emak diam tak meIawan. Seolah pasrah dengan takdir Tuhan. Hati aku hancur, berkecai tengok keadaan tu. Yang dipukuInya itu isteri dia. Seorang anak perempuan yang dijaga penuh rasa sayang oleh si ayah. Hanya saja arwah tok ayah tengok anak perempuan yang dibesarkannya diperlakukan sebegitu rupa oleh lelaki yang dulunya berjanji untuk menjaga dan melindungi anak yang dikasihinya. Mesti lagi hancur hati tok ayah.

Satu hari emak bawa bakul untuk sidai baju dekat luar. Aku tegur muka emak yang nampak cantik sebab kulit emak glowing. “Emak kenapa kulit emak nampak glowing, emak buat apa?” Aku baru perasan, mata emak merah. Emak hanya pandang aku dan tersenyum sambil berlalu.

Kakak datang kemudian dan cerita dekat aku yang bapak marah sebab mee goreng rasa masin. Diambilnya pinggan berisi mee dan dilenyek ke muka emak. Minyak mee tu yang membuatkan muka emak glowing dan mata emak merah sebab dalam mee goreng tu ada cili.

Tak pernah sekali pun bapak balik rumah tak bising – bising merungut penat. Ingat bapak sorang penat ke hulur ke hilir bawa motor cari rezeki? Semua orang penat. Lagi bertambah penat bila hadap per4ngai bapak. Emak yang paling awal bangun dan paling lambat tidur.

Lepas habis siap masak macam – macam makanan untuk dijual, kena kemas dapur yang serabut macam apa. Kena basuh semua perkakas yang dah guna. Kena basuh baju, sidai baju, angkat baju, lipat baju. Kemas rumah lagi.

Satu hari, bapak bising dengan mulut penuh carutan dekat emak sebab seluarnya kotor dikaki ada kesan tanah. Bapak meniaga dekat tapak bina. Yelah, basuh pakai mesin. Bukannya tangan. Jadi bila emak nak mandi, emak ambil sekali seluar tu dan masuk ke dalam bilik air kemudian berus. Dari dapur dah dengar.

Mungkin bapak berang dengan tindakan emak, bapak tolak kasar pintu bilik air sampai terbuka dan herdik emak dengan perkataan kesat. S4kitnya hati aku. Bapak dah giIa. GiIa yang benar – benar giIa. Gelaran yang kami bagi OG adalah singkatan bagi orang giIa.

Aku rasa benda yang kami adik beradik berulang kali cakap akhirnya makbul. Nampak bapak sangat tak w4ras. Dihalaunya emak keluar dari rumah tengah malam. Dituduhnya emak isteri yang nusyuz. Celah mana nusyuz pun aku tak tahu.

Yang aku tengok emak bertutup litup dari atas ke bawah dengan kaki berbalut stokin bila keluar rumah lepas bapak marah – marah. Tak cukup dengan tu, diugvtnya mahu bvnvh emak. Emak cerita, aku tahu emak takut. Kami yang mendengar memang terk3jut tapi kami percaya lepas tengok betapa seperti orang hilang akalnya bapak. Kami suruh emak tidur di bilik kami malam tu.

Dalam 3 pagi macam tu bapak buka pintu bilik dan suruh emak keluar. Rupanya bapak tak tidur. Bapak duduk bergelap di ruang tamu tunggu emak keluar. Yang ditunggu tak muncul – muncul, bapak buka pintu bilik kami dan jengah.

Bila bapak nampak emak, disuruhnya emak untuk keluar dari bilik tu sambil pesan, “Siapa yang keluar dari bilik ni teruk aku kerjakan. Jangan main – main.” Dari dalam bilik, kami dengar bunyi kaki orang tengah bergelut di ruang tamu. Tapi tiada bunyi. Hanya der4p kaki.

Tapi terus terang, kami yang dengar waktu tu takut sangat. Emak… Nak minta tolong, tak tahu nak reach out kepada siapa. Waktu tu rasa macam tembok rumah terlalu tinggi untuk kami keluar. Terlalu jauh dari dunia luar. Jiran banyak yang menjauh.

Aku tahu tak baik aku bagi gelaran yang tak elok dekat orang tua sendiri. Tapi entahlah. Aku rasa waktu tu pun em0si aku did3ra. Masih ingat biasiswa negeri yang aku terima? Aku ajak emak balik kampung. Aku kesian tengok emak.

Teruk mak kena dengan bapak malam tu. Emak suri rumah, jadi aku tahu emak tak ada duit. Aku kata yang aku ada duit biasiswa. Aku tahu tak banyak tapi mungkin cukuplah. Boleh guna untuk beli tiket bas. Emak nampak sedih.

Aku tak tahu adakah perkara yang aku cakap tu membuatkan emak sebak atau apa. Dan aku perasan emak agak sibuk lepas kejadian tu. Emak akan keluar seperti menguruskan sesuatu. Bapak sangat manipulative orangnya.

Kata – katanya sangat mudah untuk buat orang percaya. Pandai berlakon dan bapak nampak macam ada split personality. Sekejap jadi baik, sekejap jadi orang lain. Emak mula suruh kami kemas barang – barang. Bawa yang penting – penting saja. Kami pun mula mengemas.

Dalam sibuk mengemas, otak terfikir, kalau bapak tahu ni agaknya bapak meng4muk tak? Tapi memang kami patut keluar pun dari rumah tu sebab rumah tu dah pun dilelong oleh pihak bank. Bapak diisytihar muflis. Dua hari lepas tu, bilik nampak bersih.

Tak lagi banyak barang. Bapak masuk bilik, dan tengok bilik yang agak kosong. Bapak tanya nak ke mana? Aku jawab ada orang nak datang ambil. Bapak ingat aku bergurau sebab bapak tak percaya. Aku tengok muka bapak sampai bapak pergi, bapak nampak seperti orang yang bingung.

Malam tu, Allah hantarkan dua orang h4mba untuk membantu. Bapak tak meng4muk, bapak duduk diam tak terkata. Setelah dijelaskan duduk perkara sebenar dan minta izin secara baik untuk ambil kami semua keluar dari rumah dan emak pun walau bapak buat macam – macam, emak masih cakap elok – elok minta halal semua dan akhirnya kami keluar malam tu.

Jujurnya, aku agak sedih sikit tinggalkan bapak malam tu. Tapi selebihnya aku lega. Masa kecil, aku boleh katakan yang memorinya banyak memberat ke arah yang indah. Tapi bila besar memang banyak benda buat hati aku keras.

Aku cuba, setiap kali aku teringat, aku cuba untuk maafkan semuanya. Tapi aku pun manusia biasa, rasa benci dan marah kadang – kadang datang juga. 4 bulan selepas keluar dari rumah.. Aku tak pernah terfikir mahupun bermimpi. Tapi inilah yang dik4takan takdir.

Buat pertama kalinya dalam hidup, aku menjejakkan kaki masuk ke dalam wad psiki4tri. Aku tak rasa tempat tu layak dipanggil ‘wad’. Yang lebih tepatnya adalah penjara. Pagarnya tak ubah seperti penjara. Kemudian mereka dikunci dari dalam. Terkurung.

Sel 1. Sel nya tak terlalu luas tapi tak terlalu sempit. Petak seperti kotak. Ada pagar di depan yang mana tempat aku berdiri. Di kiri dan kanan hanya dinding semata. Di beIah belakangnya bersambung dengan sel lain tapi dihalang dengan grill.

Ada katil single untuk setiap seorang. Ada tandas tapi terbuka. Aku yang pelawat pun boleh nampak. Sel ini untuk pes4kit yang agresif atau pes4kit yang baru saja dimasukkan dan masih dalam pemantauan doktor.

Sel 2. Ruangnya agak luas, siap boleh main lari – lari. Ruang ni agak bebas sikit bagi aku. Tak adalah terperuk saja menghadap dinding. Sel 2 ini bergabung dengan sel 1 tapi dipisahkan dengan grill macam penjara. Ada beberapa lagi sel tapi aku tak sempat nak tengok.

Bapak tempatnya di sel 1. Ada 3 orang dalam tu termasuk bapak. Ada seorang ni aku namakan dia Mamat. Mamat duduk satu sel dengan bapak. Tapi mamat ni mulut dia tak berhenti bercakap. Dari datang sampai nak balik pun tak berhenti mulut mamat.

Aku yang dengar pun penat. Sampai bapak pun serabut dengan dia. Keadaan dalam tu sangat riuh yang teramat. Maksud aku dekat sel 2 yang diorang main lari – lari tu. Bising. Aku yang tengok keadaan bapak waktu tu, hanya Allah yang tahu betapa aku cuba untuk tahan airmata aku dari jatuh. Beratnya ujian untuk bapak.

Bapak cakapnya tak teratur, meleret. Mukanya nampak lesu. Mungkin kesan ubat yang doktor baru cucuk. Nampak sangat menyedihkan keadaan bapak waktu tu. Kami belikan makanan untuk bapak. Bapak cerita yang bapak tak selesa nak solat sebab lantai bilik tak bersih.

Mereka berkaki ayam dalam tu. Jadi lepas pijak lantai tandas, kaki yang tak berbasuh pijak lantai dalam bilik. Kami mendengar selebihnya ayah sedara aku yang banyak bersembang. Lepas habis semuanya kami minta diri.

Lepas je keluar dari ruang wad bapak, kami adik beradik menangis semahunya. Air mata yang ditahan dari tadi, keluar macam empangan air yang pecah. Tak ada kata – kata yang dapat gambarkan betapa sedihnya perasaan waktu tu. Sampai bengkak biji mata. Setelah bertahun lamanya akhirnya, bapak dan emak berpisah juga. After a lot of hassle. – Pluto (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Salina Gunawi : Bapak tu tak w4ras sebelum ini sebab itu dia selalu hilang pertimbangan. Alhamdulillah sekarang dia berada di tempat yang betul.

Suzana Suri : Semoga bapak insaf dan kesal atas perbuatannya pada kau dan mak kau pluto.

Baca Lagi:
Isteri dedah suami bergelar cikgu hidap penyakit ABDL, perangai seperti bayi mahu pakai pampers dan gian nak minum susu setiap malam
‘Durian kura-kura’ ditemui di Raub, Pahang
Bekas isteri AC Mizal tampil beri penjelasan punca sebenar anaknya menangis ketika majlis nikah
CATEGORIES