Bekas isteri AC Mizal tampil beri penjelasan punca sebenar anaknya menangis ketika majlis nikah

Bekas isteri AC Mizal tampil beri penjelasan punca sebenar anaknya menangis ketika majlis nikah

Bekas isteri AC Mizal tampil beri penjelasan punca sebenar anaknya menangis ketika majlis nikah. Terkini, anak kepada pengacara terkemuka Datuk AC Mizal telah selamat mendirikan rumah tangga bersama pasangan pada 11 November lalu. Namun, oleh kerana sebuah video yang melihatkan anak lelakinya itu menangis ketika majlis pernikahannya, timbul pula pelbagai spekulasi dari kalangan netizen.

Apabila dihubungi, bekas isteri kepada pengacara tersebut, Shafnie Zainudin cepat menafikan spekulasi tentang anaknya yang dikatakan telah dilupa oleh bapa kandung sendiri. Katanya, anaknya itu hanya menangis kegembiraan setelah sah bergelar suami.

Biasalah suasana majlis pernikahan. Sebab nak melangkah ke alam kehidupan baru kan? Tapi ia lebih ke tangisan bahagia, anak pula sebak kerana dia paling rapat dengan saya. Harap benda lepas jangan diungkit sebab masing-masing ada kehidupan sendiri.

Bekas isteri AC Mizal tampil beri penjelasan punca sebenar anaknya menangis ketika majlis nikah

Pada masa yang sama, ibu kepada pengantin baru ini juga turut menyatakan dirinya tidak berasa seorang diri setelah kedua anaknya telah pun mendirikan rumah tangga masing-masing memandangkan dia masih mempunyai seorang anak hasil pernikahannya bersama suami setelah berpisah dengan AC Mizal.

Baca Lagi:
Warga emas dapat ganti rugi RM1.15 juta selepas tanah diceroboh DBKL untuk pembinaan longkang monsun
Bekas pemain bola sepak Azmeer Yusof kongsi idea boleh jana pendapatan RM2,500 sebulan bagi yang nak bersara awal tapi tak cukup duit
Negara kecil je, tapi tersenarai dalam 7 keluarga diraja yang paling kaya di dunia
CATEGORIES