Zakir Naik dijangka akan kembali menetap di Malaysia

Photo of author

By Joe

Zakir Naik dijangka akan kembali menetap di Malaysia. Penceramah bebas, Dr Zakir Naik akan kembali ke Malaysia selepas menghadiri beberapa program di Oman.

Memetik laporan sebuah portal berita, peguamnya, Datuk Akberdin Abdul Kader mengesahkan hal tersebut dan memaklumkan bahawa Dr Zakir masih perlu menghadiri beberapa program di negara berkenaan.

“Dia (Zakir) akan pulang dalam masa terdekat selepas selesai semua program di sana,” katanya.

Zakir Naik dijangka akan kembali menetap di Malaysia

Pada masa sama, beliau turut memberitahu bahawa Dr Zakir berada dalam keadaan selamat dan diberi layanan yang baik ketika berada di Oman.

“Zakir juga memaklumkan laporan yang mendakwa tentang penahanan dirinya itu sekadar berita rekaan,” ujarnya.

Tambah beliau, perjalanan pulang Dr Zakir ke Malaysia tidak dapat diperincikan demi keselamatan penceramah itu.

Sebelum ini, media antarabangsa, News18 melaporkan Dr Zakir bakal ditahan dan diusir dari Oman untuk dihantar pulang ke India.

Baca Lagi:
Rupanya ini penyanyi asal lagu drama popular ‘Diari Ramadan Rafique’ buat ramai terkejut
Bantuan I-Fitri RM300 untuk semua rakyat Malaysia, mohon sekarang!
“Siapa cakap bulan puasa jin diikat?”, Lelaki ini kongsi cerita bermalam di puncak Gunung Jerai