Ibu Shuib bersuara selepas bakal menantunya Watie berpakaian ‘pelapik meja makan’ tular. Ibu kepada pelawak dan penyampai radio Suria FM, Shuib iaitu Salamiah Jalani berharap orang ramai dapat memberi masa untuk bakal menantunya Watie Hanifiah dalam soal pemakaian.
Menurut Salamiah, orang ramai tidak boleh terus menilai terhadap individu yang baru mengenakan hijab kerana ia memerlukan sedikit masa supaya dapat berubah ke arah penampilan lebih sopan.
Salamiah berkata demikian sebagai komen balas terhadap seorang netizen yang dipercayai memuji penampilan Watie menerusi sebuah video dimuat naik di aplikasi TikTok baru-baru ini.
@amysalmi22♬ Kurangnya Apa – Arief
Baru sopan pakai macam ni.. lawa – Netizen
@amysalmi22♬ Ngopi Maszeh – Happy Asmara
Terdahulu, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad mengakui mempunyai perancangan bagi mendirikan rumah tangga dengan wanita berusia 35 tahun itu pada pertengahan tahun ini.
Shuib berkata, dia lega apabila ibunya boleh menerima kehadiran Watie dengan baik termasuk anak bongsunya, Ayash Affan yang kini berusia dua tahun.
@amysalmi22♬ original sound – Fasha_Ariana_Official