Ini sebab kenapa McDonald’s tidak lagi gunakan maskot badut Ronald Mcdonald, rupanya ada kisah yang ramai tak tahu

Ini sebab kenapa McDonald’s tidak lagi gunakan maskot badut Ronald Mcdonald, rupanya ada kisah yang ramai tak tahu

Ini sebab kenapa McDonald’s tidak lagi gunakan maskot badut Ronald Mcdonald, rupanya ada kisah yang ramai tak tahu. Semua sudah sedia maklum mengenai rangkaian restoran makanan segera paling terkenal di dunia ialah McDonald’s. Kebanyakan dalam kita hari ini sudah ada pengalaman merasai hidangan McDonalds yang telah beroperasi di lebih 1000 buah negara.

Bila terfikir tentang Mcdonald, pastinya anda akan akan terbayang kentang goreng dan burgernya yang menyelerakan. Tapi ada satu lagi perkara yang cukup sinonim dengan Mcdonald iaitu maskot badut yang diberi nama Ronald.

Imej menghiburkan Ronald McDonald ini cukup dikenali di seluruh dunia sebagai wajah ikonik restoran McDonald, tetapi adakah anda menyedari bawah sekarang sudah susah untuk melihat wajah maskot ini. Mungkin masih ramai yang tak tahu atau sedar sebenarnya maskot ini telah ‘bersara’ atau lebih tepat lagi, rangkaian McDonald telah menamatkan penggunaan maskot ini secara rasmi.

Ini sebab kenapa McDonald's tidak lagi gunakan maskot badut Ronald Mcdonald, rupanya ada kisah yang ramai tak tahu

Ini sejarah ringkas mengenai Ronald McDonald

Maskot badut ini telah wujud sejak tahun 1960-an lagi bertujuan untuk membantu McDonald mempromosikan burger mereka pada masa itu. Pada tahun 1963, pemilik kepada rangkaian restoran itu di Washington D.C mengiklankan restoran mereka menggunakan saluran televisyen tempatan.

Iklan yang menjadi promosi pertama McDonalds di televisyen itu menonjolkan badut bernama Bozo yang meminta dua orang kanak-kanak meminta ibu berapa mereka membawa ke restoran itu.

Ini sebab kenapa McDonald's tidak lagi gunakan maskot badut Ronald Mcdonald, rupanya ada kisah yang ramai tak tahu

Pada pertengahan tahun 60-an, maskot bozo menjadi semakin popular dan mereka membanyakkan iklan. Pada tahun 1965, Mc Donalds memperkenalkan pula maskot terbaru yang diberi nama Ronald McDonald.

Badut Ronald ini kali pertama muncul di televisyen kebangsaan dalam satu iklan bersempena hari perarakan Thanksgiving. Ronald juga turut muncul semasa iklan Super Bowl pertama pada bulan Januari 1966. Populariti maskot Ronald telah menggantikan Bozo yang akhirnya tidak lagi digunakan oleh McDonalds.

Kemudian tahun 70-an, komik Ronald telah mula diterbitkan dimana beberapa lagi watak maskot turut diperkenalkan. Ianya adalah watak sokongan seperti Mayor McCheese, Grimace dan Hambuglar yang tinggal di kawasan bernama McDonaldland. Kemunculan watak tambahan itu menjadikan Ronald Mcdonald lebih menarik minat kanak-kanak.

Ini sebab kenapa McDonald's tidak lagi gunakan maskot badut Ronald Mcdonald, rupanya ada kisah yang ramai tak tahu

Kempen McDonaldland ini telah ditamatkan pada tahun 2003 apabila restoran itu mula memperkenalkan kempen “I’m Lovin’it”. Tetapi watak Ronald McDonald masih lagi dikekalkan walau ia dilihat semakin kurang muncul di dalam paparan iklan.

Kontroversi Ronald McDonalds

Selain watak yang popular dan diminati ramai, Ronald turut terpalit dengan beberapa kontroversi. Memandangkan tujuan utama Ronald adalah untuk memasarkan makanan segera kepada kanak-kanak, ia dilihat mengundang masalah terutamanya melihat kepada kadar obesiti kanak-kanak yang semakin meningkat.

Pada tahun 2011, sekumpulan 550 orang doktor dan pegamal perubatan profesional telah mengkritik iklan maskot itu dalam pelbagai akhbar tempatan dan turut menggeas supaya pihak McDonalds menghentikan penggunaan maskot Ronald itu. Merekta tidak mahu maskot itu menjadi penyumbang kepada anak generasi muda akan datang yang tidak sihat.

Pihak McDonald telah memberikan respon menyatakan Ronald tidak pernah mengiklankan makanan tidak sihat kenapa kanak-kanak. Tetapi McDonald turut mendakwa bahawa ibu bapalah yang memainkan tanggungjawab untuk membuat pilihan apa makanan yang terbaik untuk anak-nanak mereka.

Ini sebab kenapa McDonald's tidak lagi gunakan maskot badut Ronald Mcdonald, rupanya ada kisah yang ramai tak tahu

Selain dari isu makanan tidak sihat, maskot Ronald juga berhadapan dengan isu lain, watak badut sepatutnya melucukan tapi kelihatan Ronald semakin menakutkan.

Berikutan trend terkini banyak kisah seram yang sering menonjolkan watak badut sebagai suatu watak jahat. Salah satu watak badut popular dan menyeramkan ialah Pennywise the Clown dalam filem bertajuk IT.

Tambahan lagi, trend menakutkan orang ini atau melakukan prank dengan badut telah menjadi popular sejak akhir-akhir ini sehingga tiba tiba ianya menjadi fenomena di Barat terutamanya negara Amerika Syarikat.

Ronald Mcdonalds Bersara Secara Rasmi

Ini sebab kenapa McDonald's tidak lagi gunakan maskot badut Ronald Mcdonald, rupanya ada kisah yang ramai tak tahu

Sebenarnya, trend inilah yang menyebabkan watak maskot Ronald Mcdonald ini dihentikan, bukanya disebabkan soal kesihatan kanak-kanak. Walaupun ianya semakin jarang diiklankan sejak tahun 2010, maskot ini akhirnya dihentikan secara rasmi pada tahun 2016 bila prank ‘badut menyeramkan’ telah tersebar di seluruh Amerika.

Pada peringkat awal, prank badut ini dilihat satu jenaka sahaja tapi lama-kelamaan semakin lama , prank itu dilihat semakin menakutkan. Wujud pula gambar-gambar atau video yang menunjukkan badut memegang senjata dan cuba menakutkan orang awam.

McDonalds dalam kenyataan rasmi berkata mereka telah mempertimbangkan untuk menghentikan sahaja penggunaan maskot Ronald dalam pasaran kerana trend badut seram yang semakin meluas. Sebenarnya, sedikit sebanyak, ia telah menjejaskan imej McDonald ke arah negatif.

Walaupun kini maskot Ronald McDonalds sudah dihentikan, salah satu organisasi McDonald iaitu Ronald McDonald House Charities masih terus menggunakan nama badut tersebut.

Baca Lagi:
“Kalau bagi bubur lambuk mesti kena tadah dengan tangan”- Netizen sindir YB Pas agih ikan aya macam bagi kucing makan
Ketua Pegawai Zakat Maik terkejut pelajar tingkatan dua bayar zakat RM10,000
Bekas pemimpin Pas dilantik Penasihat Agama TPM
CATEGORIES