Rupanya ini penyanyi asal lagu drama popular ‘Diari Ramadan Rafique’ buat ramai terkejut

Rupanya ini penyanyi asal lagu drama popular ‘Diari Ramadan Rafique’ buat ramai terkejut

Rupanya ini penyanyi asal lagu drama popular ‘Diari Ramadan Rafique’ buat ramai terkejut. Masih ingat lagi tak, drama popular bila tiba bulan ramadan dulu-dulu, ‘Diari Ramadan Rafique’? Haaa mesti terlintas dek fikiran telatah pelakon dalam drama tersebut yang sememangnya menggamit memori bersama keluarga dulu-dulu kan.

Yang paling diingati, sememangnya lagu drama tersebut yang rancak dan lirik yang mudah untuk diikuti! Walaupun sehingga kini, masih ada yang memutarkan semula lagu tersebut bila datangnya bulan ramadan.

Namun siapa sangka, penyanyi asal lagu tersebut sebenarnya penyanyi dan pelakon, Bella Astillah rupanya! Bukan hanya mengejutkan bagi sesiapa yang baru tahu, malah Bella turut memenuhi permintaan peminat untuk menyanyi semula lagu tersebut.

Rupanya ini penyanyi asal lagu drama popular ‘Diari Ramadan Rafique’ buat ramai terkejut

Video nyanyiannya itu dimuat naik di laman sosial miliknya siap berseloroh bahawa versi pada kali ini adalah suaranya yang sudah besar.

“Ramai betul permintaan lagu ni ya, Okay saya tunaikan. Tapi ni suara dah besar dah,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Meninjau di ruangan komen, sememang ramai yang baru mengetahui Bella sebagai empunya suara OST drama tersebut. Malah ada yang mengakui rindu untuk menonton drama tersebut dan momen saat itu.

Rupanya ini penyanyi asal lagu drama popular ‘Diari Ramadan Rafique’ buat ramai terkejut

Rupanya ini penyanyi asal lagu drama popular ‘Diari Ramadan Rafique’ buat ramai terkejut

Baca Lagi:
Jangan sesekali jatuhkan air mata ibu, kemewahan boleh hilang dalam masa 24jam – Datuk Hattan
Imam diserang lelaki “selipar” ketika solat Subuh
5 Senarai menteri paling dibenci rakyat Malaysia sampai sekarang, kenapa ya? ini sebabnya
CATEGORIES